Monday, November 03, 2008

Kiranya Kau Tahu

Memasuki sempadan Melaka dua hari lalu, hatiku jadi begitu sayu. Ku cuba tahan air mata dari mengalir deras supaya adik aku tidak tahu betapa aku sedih.

Hari ini aku cuba jadi tabah..jadi kuat semangat. Tapi tewas aku dalam kesedihan dan rindu pada Ayah. Kadang-kadang aku rasa ayah masih ada. Tak pernah ayah menunggu aku membuat kuih raya tapi pada 28Ramadhan, ayah menungguku membuat kuih suji sampai 3 pagi. Berborak tentang apa yg di tanam di kebun, berbual tentang pokok yg kutanam. Ayah kata nanti nak tolong kemaskan laman rumah aku. Allah Maha Mengetahui, rupanya ayah akan meninggalkan kami.

Aku rasa hilang. Selama ini, dia lah tempat aku bercerita, bertanya pendapat dan meminta pertolongan. Rindunya. Tak terucap oleh kata. Baru aku faham beginilah Awan rindukan Dadimanya. Emak juga begitu rindukan ayah.

Alfatihah buat Ayah.

5 comments:

azell said...

aduhai.. bergenang air mata bace ur entry.. i can imagine how u feel and i dont think i can survive without someone called "ayah" in my life. but sis, Allah loves him more. sedekah kan Al-Fatihah to him each time u miss him.. he is always with u, sis - in ur heart.

fajar said...

salam wtl,

rindu itu sungguh menyeksakan. apalah yang mampu saya katakan selain sabar dan tabah dengan semua ini. sampaikan rindu itu melalui doa kepada-Nya. moga rahmat Allah akan selalu melimpahi arwah ayahanda

K@sih said...

AL FATIHAH...

ermm..rasa cam nak nanes...
tiba2 rasa rindu kat ayah kasih..
walaupun tiap2 hari kasih jumpa ayah, tapi kasih rasa belum puas bermanja dgn ayah...
jasa2 ayah pun kasih tak mampu balas..

hmm...awak tabah kan hati ok?
doa & alfatihah utk dia byk2...

ligo said...

al fatehah untuk arway nya Yati..

sesungguhnya I tak rapat with my late father, tapi hati ni, akan terusik jugak, once a while, lagi kalau tengok mak duduk sendirian.

Anonymous said...

tabahkan hati darling,
kita semua sedang berperang dengan perasaan ..
somehow..

lur,
lun