Aku tak pernah lupa untuk mengikuti perkembangannya..sedari ia lahir ke dunia sehinggalah sekecil ini meninggalkan kita semua.
Amir Yusuf, nama yang begitu indah untuk anak yang istimewa ini. Ketabahan dan semangat juangnya sangat tinggi hinggakan aku jadi amat kagum dan terharu. Tiap kali melawati blog ayahanda Amir, aku pasti berdebar kerana tak tahu what to expect. Ada suka, ada duka. Aku mengharapkan yang terbaik untuknya.
Hari ini, setelah beberapa hari tidak melayari internet, aku terus ke blog Fajar untuk mengetahui perkembangan anakanda Amir. Begitu teringat kepada anakanda Amir Yusuf. Kunjungan kali ini begitu berbeza…diselimuti rasa sedih yang amat. Allah lebih mengetahui dan menyayangi Amir Yusuf.
Alfatihah buat anakanda Amir Yusuf yg telah pulang kepadaNya pada 6 Mac 2009.
Buat Fajar, Anis dan Najla – tabahkan hatimu menghadapi segala ujianNya. Allah mengetahui apa yang terbaik.
No comments:
Post a Comment