Bait lagu Suratan atau Kebetulan dendangan Kenny, Remy dan Martin terngiang-ngiang di telingaku ketika ini... "sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan atau hanya satu kebetulan." Seringkali kita mendengar orang di sekeliling kita melafazkan kata-kata ini..jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan, malah aku pun tidak terkecuali dari menyebutnya. Namun demikian pabila aku sendiri diduga dengan situasi yang sebegitu, kata-kata itu bukan lagi halwa di telinga...ianya terlalu pahit untukku telan. Aku belum kehilangan dia tapi aku mungkin akan kehilangan dia. Tiada apa mampu lakukan untuk menghalangnya..kami berdua tahu kenapa. Hanya berdoa kepada Allah s.w.t agar apa yang aku impikan akan jadi nyata...bahagia disisiNya dan dia.
Pernah dia memberitahuku alasan kenapa dia tidak mahu aku tahu tentang keadaannya...tidak mahu aku risau. Bagaimana boleh tidak...jika dia sekalipun berada di tempatku sekarang pasti sedikit sebanyak akan merasai apa yang kurasakan. Banyak yang ingin yang kukongsi bersama dia dan aku berdoa agar diberi kesempatan untuk itu. Ku mahu dia tahu dia betapa aku menyayanginya dan pentingnya dia dalam hidupku.
Untuk sidia..maaf kerana membuatkan dirimu risau...aku tidak mampu menyembunyikan kesedihanku ini dan kau juga tahu kenapa. Jika pertemuan ini hanya seketika ku mahu kau tahu...
Kaulah Segalanya
Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang ku harapkan
Hanya kau seorang
No comments:
Post a Comment