Hari Jumaat hari tu, masa nak pergi Restoran Tupai2 tu..hujan punyalah lebat tak terkiranya. Aku dan officematesku dah berkira-kira nak buka puasa dalam kereta seandainya tak sempat nak sampai. Banyak tempat yang dinaiki air...biasalah KL ni, bila hujan lebat sikit mula banjir. Alhamdulillah, tak payah nak buka puasa dalam kereta..sempat tiba pada waktunya.
Untuk buffet RM 36.00, aku amat berpuas hati. Banyak choices and sedap pulak tu. Rugi siapa yang tak pergi hari tu. Lauk-lauk kebanyakan masakan kampung, kuih muih ( kuih cucur badak, keria, kuih lapis. also ada my ever so favourite, kuih bakar - kuih warna hijau and ada bijan ). Western pun ada juga.
Kiranya aku puas betullah makan malam tu..paling best, aku dapat makan sepahat atau lebih dikenali dengan pepahat. Kalau buka puasa kat rumah asyik makan nasi kerabu ajer. Nanti next year boleh pergi lagi.
Balik rumah terasa sakit gigi. Itulah masa tak sakit sangat, asyik bertangguh jumpa dentist. Sekarang sendiri juga yang susah.
Sabtu
Hari ini aku pergi jumpa doktor gigi. Kalau boleh tak nak extract mana-mana gigi..tapi doktor tu kata tak boleh. Kena extract gigi lapis tu..kalau tak in long run, i will hilang tiga gigi. Alamak...daripada hilang tiga baik hilang satu. So..cabut satu gigi and the other teeth tu kena buat root canaling. Root canaling? Apa ke bendalah tu..first time aku dengar. Nanti aku pastekan information pasal root canal in next posting.
Aku mula-mula plan lepas jumpa doktor gigi , aku nak pergi PC fair cari Canon printer for my digital camera. Pastu change plan sebab kena bayar doktor gigi almost RM 800 for the whole treatment and medication. Aku pun terus ajer ke rumah makcikku di Pandan Jaya and overnight kat situ.
Ahad
Semalam makcikku buat berbuka puasa untuk..so event dari pagi sampai petang memasak ajelah. Walaupun penat tapi seronok buka puasa ramai-ramai.Mainmenu apa...nasi lemak kukus berserta bahan-bahannya, sambal sotong, sayur kangkung and rendang ayam. Pastu ada roti jala and kari ayam, epok-epok sayur ( siapa yang tak tahu, epok-epok sayur ni bentuk macam karipap but dalam dia ada inti sayur macam dalam popia and makan dengan kuah cili. ), ada bubur pulut hitam durian (terbayang pulut hitam durian...sedapnya).
Lepas buka puasa...baliklah rumah. Tak sabar nak balik kampung hari Rabu ni....

No comments:
Post a Comment