Semalam aku telefon lagi salesman yang jual kereta kat aku dulu and tanya bila aku akan dapat my car. Seperti biasa jawapannya amat mengecewakan. Asyik-asyik tak ada stock. He told me that there is a possibility kereta tu akan naik harga by another RM 5K. Op pun pernah kata dia dengar ura2 harga nak naik. Masa tu tak pasti..now dah dengar dari mulut salesman sendiri. Dahlah lambat naik harga pulak tu. Aku decided after that aku nak tukar kereta lain...dah tak larat nak tunggu lama. Perlu kereta sangat-sangat as i nak pindah rumah and my new house tu memang kena rely on car if nak pergi mana2. So, yesterday aku cancel the booking and booked kereta baru. Kereta apa? I booked kereta Kelisa Special Edition..warna Oozy Orange. Masih ada kat kilang lagi. Lagi 3 weeks boleh dapat. Sesia ajer tunggu tunggu 6 bln, akhirnya beli kereta lain.
Tadi aku pergi car dealer Kia untuk minta refund..sambil2 tu tanya kenapa lambat sangat Picanto ni. According to the staff, kereta tu kena recall sebab ada some problem. Ish ish macam-macam. Looks loke i have to settle down for Kelisa instead. Hari Khamis ni boleh ambik the refund..hopefully.
Sambil tunggu the salesman, sempatlah juga betul kasut dekat cobbler dekat luar showroom tu. Aku lihat dia membetulkan kasutku dengan teliti dan berpeluh2 kerana keterikan panas mentari. Timbul rasa simpati dan insaf dihati. Aku yang duduk sekejap disitu pun tak tahan dengan panas mentari itu. Tak dapat ku bayangkan dia yang berada di situ hingga petang. Lantas aku bertanya macamana business dia di situ. Jawapan ringkas.."Bolehlah nak buat belanja...tapi nak kaya tu taklah". Betapa aku patut bersyukur kerana aku tak perlu berpanas dan berhujan untuk mendapatkan rezeki jika dibandingkan dengan dia yang travel all the way from Jelatek mencari rezeki diluar deretan kedai sebagai tukang kasut. Ku lihat ramai juga org yang menghantar kasut untuk dibaiki oleh dia..mungkin satu hari perniagaannya akan berkembang maju..siapa tahu.
No comments:
Post a Comment