Monday, November 08, 2004

Aktiviti 3 hari

Jumaat

Hari Jumaat hari tu, masa nak pergi Restoran Tupai2 tu..hujan punyalah lebat tak terkiranya. Aku dan officematesku dah berkira-kira nak buka puasa dalam kereta seandainya tak sempat nak sampai. Banyak tempat yang dinaiki air...biasalah KL ni, bila hujan lebat sikit mula banjir. Alhamdulillah, tak payah nak buka puasa dalam kereta..sempat tiba pada waktunya.

Untuk buffet RM 36.00, aku amat berpuas hati. Banyak choices and sedap pulak tu. Rugi siapa yang tak pergi hari tu. Lauk-lauk kebanyakan masakan kampung, kuih muih ( kuih cucur badak, keria, kuih lapis. also ada my ever so favourite, kuih bakar - kuih warna hijau and ada bijan ). Western pun ada juga.

Kiranya aku puas betullah makan malam tu..paling best, aku dapat makan sepahat atau lebih dikenali dengan pepahat. Kalau buka puasa kat rumah asyik makan nasi kerabu ajer. Nanti next year boleh pergi lagi.

Balik rumah terasa sakit gigi. Itulah masa tak sakit sangat, asyik bertangguh jumpa dentist. Sekarang sendiri juga yang susah.


Sabtu

Hari ini aku pergi jumpa doktor gigi. Kalau boleh tak nak extract mana-mana gigi..tapi doktor  tu kata tak boleh. Kena extract gigi lapis tu..kalau tak in long run, i will hilang tiga gigi. Alamak...daripada hilang tiga baik hilang satu. So..cabut satu gigi and the other teeth tu kena buat root canaling. Root canaling? Apa ke bendalah tu..first time aku dengar. Nanti aku pastekan information pasal root canal in next posting.
Aku mula-mula plan lepas jumpa doktor gigi , aku nak pergi PC fair cari Canon printer for my digital camera. Pastu change plan sebab kena bayar doktor gigi almost RM 800 for the whole treatment and medication. Aku pun terus ajer ke rumah makcikku di Pandan Jaya and overnight kat situ.


Ahad


Semalam makcikku buat berbuka puasa untuk..so event dari pagi sampai petang memasak ajelah. Walaupun penat tapi seronok buka puasa ramai-ramai.Mainmenu apa...nasi lemak kukus berserta bahan-bahannya, sambal sotong, sayur kangkung and rendang ayam. Pastu ada roti jala and kari ayam, epok-epok sayur ( siapa yang tak tahu, epok-epok sayur ni bentuk macam karipap but dalam dia ada inti sayur macam dalam popia and makan dengan kuah cili. ), ada bubur pulut hitam durian (terbayang pulut hitam durian...sedapnya).

Lepas buka puasa...baliklah rumah. Tak sabar nak balik kampung hari Rabu ni....


Friday, November 05, 2004

Buka Puasa

Hari ini nak buka puasa kat Tupai-Tupai. Mula-mula macam ramai officemate yang nak join...lastly tinggal 8 orang ajer yang nak pergi. Penatlah arrange benda2 camni. Tahun depan tak arrange lagi, biar orang lain pulak.

Thursday, November 04, 2004

Jangan Terlambat Datang

Ku pinjam kata-kata ini dari jurnalalam. Aku tak mahu sidia jadi begitu.

...tika waktu disita sibuk

...jangan sampai waktumu
disita kesibukan barulah kau
mencarinya untuk menyatakan
sayangmu kerna dia belum tentu
ada di situ lagi nanti
untuk mendengar pujuk rayumu...

...untukmu dengarkan ini
aku sayang padamu...

Wednesday, November 03, 2004

RINDU

Tiba-tiba aku jadi RINDU
RINDU teramat sangat padamu
Mungkin sebab kita jarang berbual
macam dulu...

Aku RINDU kau yang dulu
RINDU pada panggilan dan smsmu
kerana handphoneku tidak menerima
panggilan dan smsmu sekerap dulu

Aku RINDU ingin berjumpa
tapi entah bila...
kau jauh di sana dan aku menanti di sini

Aku takut nanti RINDU ku ini
akan diubati...
bukan olehmu tapi yang lain.




Dream A Little Dreams

Dreaming permits each and
every one of us to be quietly
and safely insane every night
of our lives.
William Dement

Semua orang ada dreams and these are some of my dreams :-

1. Have own business - bookcafe / crafts shop
2. Go for a 4WD Adventure
3. Attain Msc In Risk Management from Uni. of Nottingham/Southampton/Glassgow/City University
4. Learn French / Mandarin
5. Nak visit NZ or Holland
6. Nak buat umrah / haji

Thursday, October 28, 2004

Ambil Kunci

Semalam bila terjaga pagi, aku ambil keputusan nak gi ambik kunci rumah baru ku. So kau pun naik lrt pergi Kelana Jaya. Pastu aku naik teksi pergi tempat developer yang jauh di hujung subang...Bandar Pinggiran Subang (BPS). Driver teksi tu siap tanya "betul nak gi situ..jauh tau." Ish..ish takkan lah nak gi tempat lain kalau dah kata BPS. Aku dah budget dah tambang teksi dalam RM 40.00. Sampai ajer kat situ, aku siap suruh teksi tu tunggu sebab aku tak nampak batang hidung teksi pun lalu lalang kat situ.

Adalah dua tiga orang yg datang untuk ambil kunci..bezanya dengan aku, depa dah gi tengok rumah tu. Aku ni tengok showroom ajer pastu tak jengah-jengah. Tahu-tahu dah siap ajer. Siap tandatangan dokumen..kunci pun diserahkah pada aku. Yeehaaaaaaa...aku dengan rasminya dah ada rumah kat Bukit Jelutong.

Bila nak pindah? Itu pun satu hal juga...kereta Kia Picanto yang aku booked bulan 6, tak dapat-dapat. Rasanya dah fed-up tipon the salesman. Kalau takde kereta, patah kaki..camner nak gi kerja. So kiranya, kenalah tunggu dapat kereta baru pindah.

Nak tahu berapa aku kena bayar untuk teksi dari Kelana Jaya - BPs(siap tunggu lagi) - Damansara Heights...RM 26.00. Okaylah kot..pada aku. Baik teksi driver tak pakai 'toyol'..kalau tak meter dia sure lagu giler.



Tuesday, October 19, 2004

Sidia Dan Gadis Itu

Kelmarin sidia menelefonku. Ditengah-tengah perbualan kami dia memberitahu aku yang dia menghubungi gadis itu beberapa hari lalu. Pada mulanya aku tidaklah kisah sangat kerana tidak salah baginya menjalinkan persahabatan dengan gadis itu. Namun apabila sidia menyatakan yang gadis itu itu mengajaknya menemani dia pergi bercuti di China, aku terdiam. Aku bertanya apakah jawapan sidia. Jawapannya " tak tentu lagi..mungkin pergi". Jantungku berdegup dengan kuat. Mungkinkah sidia masih lagi mempunyai perasaan padanya. Dulu dia pernah menyatakannya pada gadis itu tetapi gadis itu ketika itu bersama orang lain. Kini dia sudah sendiri..gadis itu memberitahu sidia beberapa bulan lalu. Apa yang menyedihkan aku, beberapa kali kunjungan sidia kesini, dia tidak berjumpa denganku dengan memberikan alasan-alasannya. Kini dia seakan memberikan persetujuan kepada gadis itu atas ajakannya untuk bercuti bersama.

Mungkin gadis itu cinta pertama sidia dan tidak salah kiranya aku berfikiran sebegini. Jika benar tanggapan aku, aku rela mengundurkan diri. Aku tahu bukan mudah untuk melupakan cinta pertama apatah lagi apabila dia datang kembali setelah lama menghilang. Teringat aku pada kata-kata ini "meyayangi bukan bererti memiliki". Jika itu terjadi pada aku aku redha. Aku tidak mahu bersaing dengan gadis itu. Tidak adil bagi diriku dan juga dirinya, jika hatinya pada yang lain. Walau selautan manapun kasih sayang ini, aku rela melepaskan sidia, jika itu dapat membahagiakan dia. Tiada apa yang ku inginkan, hanya kebahagiaan dirinya walaupun bukan bersamaku.

Doakanlah kebahagiaanku...


My First Love - Tazita

I never thought I'd ever learn to Love,
the way simple lovers do.
I always believed it was impossible.
Yet I found myself so in love with you.
Now I know exactly what love truly is
and you are my reason why;
You convinced me to let you in my soul . . .
And you promised you would never lie.
I have learned to cherish and trust you,
In a way I never had before.
And if anything were ever to happen,
My Love,
I think I would only love you more.
I fought my feelings along the way,
but in the end it remains still true -
I have finally found My love in life.
(Just like you always knew. )
If you told me once, you told me twice,
Just how beautiful love could be.
Yet I never realized until now,
that you were speaking of you and me.
You have brought me such happiness,
it takes all my sadness away.
And with my endless loyalty
I will so lovingly repay.
You are my love in life.
This I will never forget.
You are the Love of my Life,
This I knew from the moment we met

Friday, October 08, 2004

Aku ada rumah

Mid pleasures and palaces though we may roam,
Be it ever so humble, there's no place like home
.
John Howard Payne (1791 - 1852)

Masa balik dari kerja semalam aku terfikir tentang kereta Picanto yang telah aku booked since June. Kira-kiranya dah masuk 4 bulan, masih lagi tak dapat. Aku sering dihujani pertanyaan "bila kereta nak dapat?" Dah tak larat nak jawab, fed up pun ada. Pastu terfikir pasal rumah pulak..3 bulan lepas dapat juga from the developer informing that rumah tu dah 85% completion. Then tak ada berita...masa aku aku berharap janganlah rumahku tergolong dalam categori rumah terbengkalai...haru dibuatnya. Tak nak jadi mengalami nasib seperti kawan and sepupuku yang masih menanti dan mengharapkan rumah yang dibeli beberapa tahun lalu dapat diduduki.

Sampai rumah ada surat from developer...Delivery Of Vacant Possession. Alhamdulillah...aku dah ada harta. Ternampak jumlah yang aku kena bayar RM****, mak aii..banyaknya. Mulalah kepala aku memikir mana nak cari balance from apa yang aku ada untuk bayar that stakeholder sum. Then to my relief, bila aku baca balik, i don't have to pay for that. Itulah suka sangat sampai tersilap baca. Tak sabar nak ambil kunci.

Sekarang fikir nak decorate camner pulak. Nak mula beli majalah about hiasan rumah pulak. Apapun, nak ajak my engineers pergi and do a thorough checking...

**tinggal lagi 2 hari nak ke Bali**

Monday, October 04, 2004

Tak Sempat Update

Hari tu ingat nak cerita pasal Melaka trip tapi tak sempat pun. Dah lama juga tak update..banyak sangat kerja. Mana taknya 4 hari the whole department kena gi training untuk Balance Scorecard. Bila dah balik ofis tu, banyaklah kena buat. Furthermore, this Saturday nak pergi Bali, jadi have to settle kerja-kerja yang patut. Bila ingat-ingat pasal Bali Bombing..risau jugak. Moga selamat pergi dan balik. Waktu lunch pun dah nak habis..so setakat in for today. Nanti kalau ada kelapangan post lagi.

Friday, September 24, 2004

Tentang Seseorang

Tentang Seseorang

Teruntukmu dihatiku
ku inginku bersuara
merangkai semua tanya imaji yg terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu mengangguku
seseorang itukah dirimu kasih
kepada yang tercinta inginnya ku mengeluh
semua resah didiri mencari jawab pasti
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku
cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah kan mencintai...


Dah lama aku tak dengar lagu ni..rupanya aku ada burn lagu ni kat cd. Tiba-tiba teringat pada someone yang pernah memberikan lagu ini kepada aku.

Tuesday, September 21, 2004

Tiada Tajuk

Actually nak cerita pasal malacca trip tapi takde masa nak tulis so aku post this email that Awin forward to me. I will story morry morning glory about Malacca later.


Assalamualaikum wr wb.kadang-kadang ...bilamana kita dilanda pelbagai
ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih...dan pelbagai
persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan:
"Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu;Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika
kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-
orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya
kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang
agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari
kita terubat dengan janji-janji Allah..........sesungguhnya kepada
kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan.....
kerana ialah penawar.....penawar untuk kita.........marilah kita
kembali kepada Al-Quran.....kembali mengamalkan ajaran yang
terkandung sepenuhnya........semoga Allah memberkati sahabat-sahabat
di sana....


wassalam.....


Syukran Jazilan ..

Friday, September 17, 2004

malacca

i am off to Malacca this morning for the Staff Outing...boleh balik rumah mak sekejap. :)

Wednesday, September 15, 2004

Gmail Invitation

Today aku dapat email invitation create account kat Gmail....1000MB free storage. Seronoknya....tak payah nak risau nak kena delete email.

The email goes like this..


I've been using Gmail and thought you might like to try it out. Here's
an invitation to create an account.

-----------------------------------------------------------------------

A*** R**** has invited you to open a free Gmail account. The invitation
will expire in three weeks and can only be used to set up one account.

To accept this invitation and register for your account, visit
http://gmail.google.com/gmail************

Once you create your account, A*** R**** will be notified with
your new @gmail.com address so you can stay in touch with Gmail!

If you haven't already heard about Gmail, it's a new search-based
webmail
service that offers:

- 1,000 megabytes (one gigabyte) of free storage
- Built-in Google search that instantly finds any message you want
- Automatic arrangement of messages and related replies into
"conversations"
- Text ads and related pages that are relevant to the content of your
messages

Gmail is still in an early stage of development. If you set up an
account, you'll be able to keep it even after we make Gmail more
widely available and as one of the system's early testers, you will
be helping us improve the service through your feedback. We might ask
for your comments and suggestions periodically and we appreciate your
help in making Gmail even better.

Thanks,

The Gmail Team

Tuesday, September 14, 2004

More Than Words - Extreme

My favourite song of all time...




>Saying I love you

Is not the words I want to hear from you

It's not that I want you

Not to say, but if you only knew

How easy it would be to show me how you feel

More than words is all you have to do to make it real

Then you wouldn't have to say that you love me

Cos I'd already know


What would you do if my heart was torn in two

More than words to show you feel

That your love for me is real

What would you say if I took those words away

Then you couldn't make things new

Just by saying I love you


More than words


Now I've tried to talk to you and make you understand

All you have to do is close your eyes

And just reach out your hands and touch me

Hold me close don't ever let me go

More than words is all I ever needed you to show

Then you wouldn't have to say that you love me

Cos I'd already know


What would you do if my heart was torn in two

More than words to show you feel

That your love for me is real

What would you say if I took those words away

Then you couldn't make things new

Just by saying I love you


More than words



Thursday, September 09, 2004

Terima Kasih Sayang


"Kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan
orang yang sempurna tetapi setelah kita belajar
menerima segala yang ada pada diri dia."

Mutiara kata diblog Eisya mengingatkan aku pada perbualan telefon antara aku dan dia tempohari. Dia memulakan bicara dengan satu soalan yang menyebabkan aku hilang kata-kata untuk seketika.

"What if i don't love you anymore".

Tak tahu apa yang kurasa masa itu, betul ke apa yang kudengar? Setelah bersoaljawab, akhir aku dapat mengerti kenapa soalan itu diajukan. Dia tidak mahu aku rasa menyesal di kemudian hari kerana memilihnya. Tidak mahu aku bergelar j**** pada awal perkahwinan kami. Aduh..terlalu jauh dia berfikir. Bukan aku tak pernah berfikir tentang itu, pernah tapi aku sudah mengambil keputusan untuk bersama dia.

Walaupun ianya seketika cuma, aku sudah bersyukur disayangi dia dan aku berharap aku dapat membahagiakan dia. Dia kata aku tak faham situasi dia yang sebenarnya. Memang aku tidak tahu sejauhmana seriusnya kerana dia tidak mahu bercerita. Tak mahu aku risau katanya dulu dan aku tidak mahu mendesak. Aku sudah menerima dia dengan seadanya. Jika tidak, aku sudah pun menarik diri bila mengetahui keadaan dia.

Sayangku mengatasi segalanya. Aku ingin berada disisinya mengharungi segala apa pun. Cuma aku rasa sedih bila dia kata dia tidak mahu aku menyesal..seolah-olah mempertikaikan penerimaanku dan membiarkan persoalan itu bermain difikirannya sebegitu lama.



"Kan senang kalau i kata i don't love you anymore, but i couldn't".

Tika itu aku rasa hidup macam novel² yang pernah kubaca. Hero/heroin dalam novel menyatakan atau melakukan sesuatu untuk membolehkan pasangannya meneruskan hidup tanpa kehadiran dia semata kerana tak mahu pasangannya merasa sedih bila dia 'pergi' nanti.

Kini baru aku faham kenapa dia belum bersedia..ini adalah satu daripada sebabnya. Jika inilah perjalanan hidup yang sudah tertulis di Luth Mahfuz sana, aku redha.



P/S
Terima kasih Sayang. Kini diri ini lebih memahami.


If You're Not The One - Daniel Bedingfield

If you’re not the one
Then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one
Then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine
Then why does your heart return my call
If you are not mine
Would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away
But I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms






Mask-Querade


The closing years of life are like the
end of a masquerade party when the
masks are dropped.

Arthur Schopenhauer (1788 - 1860)

In two weeks or so, company aku akan buat Staff Motivational Outing cum Family Day cum Annual Dinner. Bulan September ni banyak things yang kena attend, mungkin sebab bulan depan nak puasa so everything being squeezed in this month.

  • 15-16th September : In-house Training
  • 15th September (Evening ) : Annual Cocktail
  • 15-16th September : Staff Motivational Outing cum Family Day cum Annual Dinner
  • 22-24th September : Team Building Programme In Langkawi ( sadly, i couldn't go because of the ROOTS..hate it )
  • 24th, 27-30th : ROOTS Consulting





    Berbalik pasal dinner tu..semua staff diberikan eye mask each and kena decorate using your own creativity. So, sekarang ni tengah fikir camner nak buat. Rasa nak buat ala-ala

    yang ini atau yang ini. Aku pun tak tahu whether is any prixw for yang eye mask paling cantik. Tak kisah ada hadiah or not..paling utama nak menang lucky draw. Doakan ya..
  • Friday, September 03, 2004

    Anwar Ibrahim set free



    I was told from my Investment staff that the market share is going up because Anwar is free. My cousin, who is a reporter, confirmed the news few minutes later.


    Source BBC News

    Anwar Ibrahim was sacked six years ago
    The jailed former Deputy Prime Minister of Malaysia, Anwar Ibrahim, will be set free, after the country's highest court overturned his sodomy conviction.
    The decision came six years to the day after his dramatic sacking by Malaysia's then Prime Minister, Dr Mahathir Mohammed.

    He was imprisoned in 1999 and had lost earlier appeal against his conviction.

    He is now expected to travel to Germany to receive treatment for a back injury he says he suffered when arrested.


    The country's former police chief was responsible for a beating he received when first arrested in September 1998, Anwar says.

    "He is free to go, there is no doubt it," said his lawyer Pawancheek Marican when the verdict was announced.

    He is expected to leave custody later on Thursday.


    Anwar was jailed in 1999 for corruption after a trial widely seen as politically motivated. It followed his disagreement with Mahathir Mohammad over how to run the country's economy.

    In 2000, he received a further nine years for sodomy.

    Anwar had already failed to reverse the first of those convictions.

    Thursday's appeal to Malaysia's Federal Court - the country's highest - was the last legal opening for the former minister.

    The court was reviewing an earlier rejection of Anwar's appeal - but decided to quash the original conviction by a vote of 2-1.

    "We allow the sentence and conviction to be set aside. We find the High Court misdirected itself. He should have been acquitted," said Judge Abdul Hamid Mohamad, head of a three-judge panel.

    The BBC's Jonathan Kent in Kuala Lumpur says Anwar's continued imprisonment had posed problems for the government of current Prime Minister Abdullah Badawi.

    Although his star has waned since the days when thousands marched in protest at his treatment, many in Malaysia and abroad still regarded him as a political prisoner.




    Wednesday, September 01, 2004



    Laziness is nothing more
    than the habit of resting
    before you get tired.
    Jules Renard (1864 - 1910)



    Bangun pagi tadi rasa arghhhhhhh malasnyer nak gi kerja...rasa nak lepak kat rumah and baring2 sambil meluruskan tulang belakang. Aku gah kan juga pergi ke office and buang rasa malas ni. Aku pun tak tahu apa aku buat kat office..tak banyak sangat kerja. Terasa macam nak makan Cream Cheese Stuffed Crust Pizza dari Pizza Hut. Dah few days rasa camtu..macam craving pulak. hihihi

    Monday, August 30, 2004

    Lelaki..Laksa...

    "For all their strength,
    men were sometimes like little children."

    Lawana Blackwell,
    The Dowry of Miss Lydia Clark, 1999



    Aku dalam buah delima sekarang ni. Hati pada yang jauh, yang dekat pula meminta kasih. Aku tak tahu apa kesudahan aku dengan sidia . Aku faham kalau dia ingin mengurangkan panggilan telefon tapi yang aku tak faham smsku pun jarang berbalas sekarang ni. Kunyatakan pada hati yang berkemungkinan dia sibuk dengan tugasnya. Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Yang kat sini lain hal pulak...nak buat aku jadi his special someone and selalu kata rindu tapi sejauhmana betulnya aku pun tak tahu. Kadang² rasa salah sebab still keep in touch dengan disini..tapi pada aku tak salah berkawan. Aku tak pernah memberi apa² harapan pada dia. Lelaki ni memang susah nak faham..well, walaupun tak semua, masa nak approach a girl/lady will try his best to swept her feet away. Bila dah dapat tu tak reti nak appreciate plak. Aku dah malas nak fikir pasal benda ni semua...bukan aku benci pada lelaki cuma aku dah penat menjaga hati mereka. Now, it their turn to do so, aku nak switch the situation. .aku nak jadi macam dia orang pulak. Manalah tahu dia akan lebih menghargai macam dia




    If more of us valued food and
    cheer and song above hoarded
    gold, it would be a merrier world.

    J. R. R. Tolkien (1892 - 1973)

    Ubah topik..kita cite pasal makan plak. Hari Sabtu hari tu aku pergi Driving School kekonon nak ambil kelas memandu. Sebelum dapat kereta ni..kenalah belajar balik. Mana taknya dah ada lesen since 1997 tapi tak bawak kereta. Pastu aku pun pergi BK, rumah my friend. Memula ingat nak pergi kejap ajer tapi ended up overnight kat situ. Seronok juga dapat jumpa her children. Dapat tengok Olympic and cebisan AF kat Astro..maklumlah rumah aku takde Astro. Malas nak pasang kat rumah sewa, tunggu my house siap. Esok tu, her aunt datang memeriahkan suasana and masak laksa Kelantan. It was delicious. Aku pun mengambil kesempatan belajar buat laksa Kelantan. Rebus ikan, ceraikan dari tulang dan ramas supaya ia hancur. Then masukkan dalam santan bersama bawang merah yang ditumbuk, lengkuas and a bit of lada hitam. For the garnish, hiris bunga kantan, kacang panjang, timun, daun kesum, kacang botol, taugeh, and sambal

    So esok, sempena Hari Kemerdekaan, aku nak masak Laksa Kelantan. Salam Kemerdekaan untuk semua





    Saturday, August 28, 2004

    Lagu Warisan

    Lagi 4 hari negara akan menyambut kemerdekaannya yang 47 tahun. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepda semua. Aku tiba-tiba teringat kepada Lagu Warisan. Tak tahu samada generasi sekarang mengetahui lagu ini atau tidak.



    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa, sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah perbadi dah hilang

    Kini kita cuma tinggal kuasa
    Yang akan menentukan bangsa
    Bersatulah hati bersama berbakti
    Pulih kembali harga diri

    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan maha perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayukan gagah di Nusantara