Dari kecil aku suka melihat langit. Melihat kepulan awan yang pelbagai bentuk dan rupa. Putih , bersih..mengingatkan aku pada 'cotton candy' setiap kali. Seolah ada satu lagi dunia/negara di situ. Setiap satu seolah ada kisah yang hendak disampaikan. Ia memberikan aku satu rasa yang sukar diungkap, satu ketenangan. Sudah agak lama aku tidak berbuat demikian. Mungkin kerana perhatianku kini lebih tertumpu di jalan raya daripada menikmati keindahan langit dan awan. Apatah lagi aku acapkali pulang ke rumah bila matahari sudahpun terbenam. Mungkin juga sejenak aku terlupa dengan keindahannya. Karambunai..itulah paling akhir aku memandang langit dan awan dengan begitu asyik. Luas terbentang. Captivating.
Petang tadi aku dalam perjalanan pulang, aku berkesempatan menikmati keindahan langit dan awan walau seketika cuma. Ditambah pula dengan pelangi petang . Aku rindu. Rindu melihat langit dan awan.
Aku hanya ingin duduk memandang.
Petang tadi aku dalam perjalanan pulang, aku berkesempatan menikmati keindahan langit dan awan walau seketika cuma. Ditambah pula dengan pelangi petang . Aku rindu. Rindu melihat langit dan awan.
Aku hanya ingin duduk memandang.
3 comments:
hey this is a very nice entry that i can relate so well. Since i dun drive so i get the change to enjoy ciptaan Allah yg maha luas terbentang tuu.. Subhanallah semacam ketenangan dan otak yg berserabut pun jadi lapang..
indahkan...hilang segala masalah dan keresahan.
the picture pulak, macam nak dekat sama with Loewe gitu..
kalau me on the road, usually, I tengok how bad the traffic ahead..then stress. or i kira berapa kereta yang on manual gear
Post a Comment