Friday, October 05, 2007

Sekadar Perlu

terlalu banyak yang ingin diperkatakan, juga rasa yang ingin diluah. tapi aku fikir tak perlu diceritakan segalanya, ianya tak akan pernah habis seperti kisah sang penglipur lara yang tiada penghujungnya. cukup sekadar yang perlu-perlu sahaja. sukar mencari prasa untuk menguraikan rasa ini. sebaik sahaja ku biarkan ia tersimpan. aku juga tidak mahu walau sekelumit rasa bosan di kalangan kalian yang membaca.."the same old things over and over again".

jangan kalian salah sangka, aku bukan membuat pertuduhan. kalian terlalu baik. cuma aku tidak mahu terjadi sebegitu, bila tiba rasa bosan itu wujud. aku tahu perasaannya bila mendengar ujaran yang hanya sekadar berbahasa. hilang sudah keikhlasannya.

so, sekadar yang perlu-perlu sahaja.

No comments: