Monday, August 30, 2004

Lelaki..Laksa...

"For all their strength,
men were sometimes like little children."

Lawana Blackwell,
The Dowry of Miss Lydia Clark, 1999



Aku dalam buah delima sekarang ni. Hati pada yang jauh, yang dekat pula meminta kasih. Aku tak tahu apa kesudahan aku dengan sidia . Aku faham kalau dia ingin mengurangkan panggilan telefon tapi yang aku tak faham smsku pun jarang berbalas sekarang ni. Kunyatakan pada hati yang berkemungkinan dia sibuk dengan tugasnya. Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Yang kat sini lain hal pulak...nak buat aku jadi his special someone and selalu kata rindu tapi sejauhmana betulnya aku pun tak tahu. Kadang² rasa salah sebab still keep in touch dengan disini..tapi pada aku tak salah berkawan. Aku tak pernah memberi apa² harapan pada dia. Lelaki ni memang susah nak faham..well, walaupun tak semua, masa nak approach a girl/lady will try his best to swept her feet away. Bila dah dapat tu tak reti nak appreciate plak. Aku dah malas nak fikir pasal benda ni semua...bukan aku benci pada lelaki cuma aku dah penat menjaga hati mereka. Now, it their turn to do so, aku nak switch the situation. .aku nak jadi macam dia orang pulak. Manalah tahu dia akan lebih menghargai macam dia




If more of us valued food and
cheer and song above hoarded
gold, it would be a merrier world.

J. R. R. Tolkien (1892 - 1973)

Ubah topik..kita cite pasal makan plak. Hari Sabtu hari tu aku pergi Driving School kekonon nak ambil kelas memandu. Sebelum dapat kereta ni..kenalah belajar balik. Mana taknya dah ada lesen since 1997 tapi tak bawak kereta. Pastu aku pun pergi BK, rumah my friend. Memula ingat nak pergi kejap ajer tapi ended up overnight kat situ. Seronok juga dapat jumpa her children. Dapat tengok Olympic and cebisan AF kat Astro..maklumlah rumah aku takde Astro. Malas nak pasang kat rumah sewa, tunggu my house siap. Esok tu, her aunt datang memeriahkan suasana and masak laksa Kelantan. It was delicious. Aku pun mengambil kesempatan belajar buat laksa Kelantan. Rebus ikan, ceraikan dari tulang dan ramas supaya ia hancur. Then masukkan dalam santan bersama bawang merah yang ditumbuk, lengkuas and a bit of lada hitam. For the garnish, hiris bunga kantan, kacang panjang, timun, daun kesum, kacang botol, taugeh, and sambal

So esok, sempena Hari Kemerdekaan, aku nak masak Laksa Kelantan. Salam Kemerdekaan untuk semua





Saturday, August 28, 2004

Lagu Warisan

Lagi 4 hari negara akan menyambut kemerdekaannya yang 47 tahun. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepda semua. Aku tiba-tiba teringat kepada Lagu Warisan. Tak tahu samada generasi sekarang mengetahui lagu ini atau tidak.



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa, sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah perbadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Thursday, August 26, 2004

Cintai Aku – Sofaz

Andai angin mampu kirimkan
Pesan untuk mu
Yang telah ku ucapkan

Cintai aku
Dan bukan yang lain
Tak ada lagi yang ku inginkan
Selain hanya diri mu

Andai bintang mampu sinari
Hati dan tubuhku
Agar terlihat mu

Miliki aku
Dan bukan yang lain
Tak ada lagi yang ku inginkan
Selain hanya diri mu

Kaulah pilihan
Jadilah seperti yang aku mahu
Kaulah pilihan
Selalu bersamaku siang dan malam

Ku rasa benar
Kau lah pilihan dari segala arah
Ku rasa benar
Saat bersama mu, bersamamu……


Dapat this dari sini

Wednesday, August 25, 2004

Bila Lagi?

A good marriage is one
which allows for change
and growth in the individuals
and in the way they express their love
.>
Pearl Buck (1892 - 1973)



Hari Sabtu lepas aku berjalan² kat area jalan TAR cari tudung sebab nak pakai malam tu. Ada kenduri kahwin kat PWTC. Lepas cari tudung and beli kain ela sepasang dua, aku pun menuju ke Sogo. Sedang aku menunggu housemateku yang ntah kat mana, aku terserempak dengan kawan masa kat universiti dulu. Lama juga tak berjumpa..serasa kau adalah dalam 6 or 7 tahun. Dia pun seperti aku juga..masih belum berdua. Aku tertawa bila berkata "agaknya batch kita semua kena sumpah kot. Ramai juga yang belum kahwin lagi" Tidakku tahu pulak ramai di antara kawanku yang masih single. Selepas bertukar no telefon, aku pun beredar dari situ.

Malam tu aku pun pergi wedding dengan my parents, aunties, uncles also my cousins. The food is quite okay. Jumpa ramai juga relatives and orang kampung. I still prefer the traditional wedding arrangement. Semua orang bergotong-royong memasak. Mungkin sudah terbiasa kot sebab my aunties and especially atuk memang masak untuk orang kahwin. Suka tengok atuk masak..konon² nak belajar. Sampai atuk punya helper kata aku ajer cucu dia yang suka tolong and tengok dia masak. Nanti boleh ganti atuk pulak katanya. Mak aii...aku taklah sampai ke tahap tu...banyak kena tahu tu and kena sedap pulak.

The next day, aku and my aunties duduk berbual. Topiknya..apalagi bab kahwin and tiba² my mak usu cakap.."kat kampung tu ada sorang tu baru aje bercerai dengan wife dia..tapi dia gemuk sikit.." Dalam hati aku kata..alamak dah mula dah. Desperate sangat ke aku ni. Aku pun mencelah "kena Busu nak recommend ke? Tak apalah...my jodoh dah tertulis kat atas sana...tak payah nak fikir² sangat."

Bukannya aku tak terasa melihat semua kawan²ku sudah punyai keluarga sendiri. Aku cuma berdoa moga satu hari aku juga akan ada keluarga sendiri. Aku tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan dan kalau boleh biarlah dia pilihan hatiku. Kadang rasa takut juga hendak berdua sebab tak semestinya ianya akan indah. Banyak sudah ku lihat dan ku dengar tapi hidup mana yang tak dilanda badai. Itu jugalah yang kukatakan pada Awin semalam bila dia ter'carried away' dengan cerita Bukan Puteri Lindungan Bulan.

Hanya doa kupanjatkan padaNya agar satu hari aku pun akan bahagia.

Thursday, August 19, 2004

Email from a friend



Semalam i got this email...very nice indeed.

Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagin dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan diseliputi kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuahkan keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil kehilangan ibu ditengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya,hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tak dapat dipisahkan. Sebuah fitrah pula bahwa setiap wanita ingin menjadi suri yang baik dan ibu yang baik berbanding menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang sholeh dan sholehah, Insyaallah.

Duhai...
Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apa lagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya. Allah Subhanahu wa Ta'ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusukan hingga keta'atan dalam memenuhi hak-hak suaminya laksana medan jihad fii sabilillah. Kerananya, yakinkah batin itu tiada goresan saat melihat pernikahan wanita lain di bawah usianya? Pernahkah kita melihatkan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia bertemu kekasih hati? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain mengandung dan melahirkan? Atau, tidakkah kita melihat kilas pandangan sedih dimatanya ketika melihat aqiqah anak kita?

Letih...
Sungguh amat letih jiwa dan raga. Bersendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah belahan jiwa yang menunggu di sana.

Duhai teman....
Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya, insya Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sendirian di dunia yang fana ini. Mungkin sang bidadara pun tak sabar untuk bersua dan telah menunggu di pintu syurga, berkereta indah untuk membawamu ke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa berpanjangan curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, mestipun engkau tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung hasil memikirkan siapakah pasangan jiwamu. Menangislah kerana air mata memohon pada-Nya di setiap sujudmu di keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersedia menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas
bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh bersatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.

Sabarlah sahabat...
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut bulan yang dipagar bintang gemerlapan. Kicauan hening burung malam sering riang bercanda dalam kegelapan. Senyumlah, laksana senyum persona embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan temui rahsia di balik titian kehidupan yang telah dilalui. Hingga, kelak akan hilang riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

Semoga.

WaLlahua'lam bi shawab.

*MERENGKUH CINTA DALAM BUAIAN PENA*
Al-Hubb FiLlah wa LiLlah,


Hapuslah Air Mata di Pipi, Hilangkan Lara di Hati Author: Abu Aufa*
(* Penulis buku Diari Kehidupan 2, telah diterbitkan oleh PT Syaamil Cipta Media, 2004

Tuesday, August 17, 2004

Bookcrossing.Com



Thanks to Kak Wynn, i found came across a website untuk booklovers called Bookcrossing. It's a global book club where the books travel across the world and it's free. I registered myself to the club and hope to release a book and catch one.


This is how it works :-

The "3 Rs" of BookCrossing...

1. Read a good book (you already know how to do that)

2.Register it here (along with your journal comments), get a unique BCID (BookCrossing ID number), and label the book

3.Release it for someone else to read (give it to a friend, leave it on a park bench, donate it to charity, "forget" it in a coffee shop, etc.), and get notified by email each time someone comes here and records journal entries for that book. And if you make Release Notes on the book, others can Go Hunting for it and try to find it!

Want to know know more..visit Bookcrossing. Well, booklovers, why wait..let's join the club.

Monday, August 16, 2004

Sakit Tekak


I haven't fully recovered from sore throat. Ada lagi saki-baki..rasa like you have something stuck kat throat tu..tak sukanya. Nak cakap macamana sore throat, cough and runny nose tu memang the thing yang selalu kena. Kalau check kat semua doktor yang i lawati, semuanya adalah kerana "3 beradik" tu. Kena minum air madu tonite...moga akan cepat sembuh.



Friday, August 13, 2004

Harapan

Ning Baizura (Is / Lukhman S)

Dugaanku

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu


÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷


Paranoiakah aku kerana merasakan yang kau tidak lagi seperti dulu? Smsku sudah jarang berbalas dan soalanmu semalam agak memeranjatkanku. Tidak pekakah dia pada perasaan seseorang perempuan dianggap istimewa? Aku mulai bertanya siapa aku dalam hatimu. Apakah kesudahan ceritaku, aku tidak tahu. Aku tidak mahu lagi mengharap sesuatu yang aku sendiri sudah tidak pasti pengakhirannya. Aku tidak lagi mahu memikirkannya lagi. Hati ini kalau boleh tidak mahu menangis lagi. Tidak mahu lagi menitiskan airmata. Sebaiknya, aku hanya berserah padaNya dan berdoa agar akan datang bahagia. Moga aku diberikan ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi apa juga dugaanNya. Bukan hati tidak lagi cinta atau hilang sudah kasih sayang. Dek cinta dan sayang itulah, aku harus memberikan ruang buat dirimu. Mungkin kelak kita akan lebih memahami dan menghargai.



P/S : Terima kasih Ila...kerana kisah dan kata²mu menjadikan aku lebih kuat dan tabah dari sebelumnya.

Thursday, August 05, 2004

Aku, Ombak Dan Sungai



Setiap kali aku merasa sedih aku ingin bersendiri di tepi pantai atau sungai. Acapkali ku impikan sebegitu tetapi dimana di KL ini hendakku ku cari pantai dan sungai. Kalau adapun bukan seperti yang aku impikan. Mungkin aku sudah terbiasa kerana rumahku dekat dengan pantai. Begitu juga setiap kali berkunjung ke rumah opahku, aku tidak melepaskan peluang pergi ke sungai. Masih ku ingat, aku tidak akan lupa mencari kulit sinting atau siput di pantai dan menangkap anak-anak ikan di aliran sungai. Indahnya masa itu. Kalau ianya boleh diulang, aku pasti akan berbuat begitu. Ombak dan aliran air sungai itu boleh memberi aku ketenangan ketika lara.

Itulah yang ingin kulakukan ketika ini..mencari ketenangan diri. Aku ingin duduk di atas batu sambil memerhatikan aliran air dan melepaskan segala keresahan hatiku. Aku ingin sekali memerhati langit petang dan matahari terbenam di tepi pantai sambil bersyukur atas rahmatNya. Aku ingin hanya duduk menikmati keindahan alam tanpa perlu memikirkan apa-apa. Aku ingin menjadi kanak-kanak itu semula. Berlari di tepi pantai dengan hati yang girang. Menggocak aliran air sungai. Menghanyutkan daun-daun yang ku anggap seperti sampan. Aku hanya ingin itu agar diriku tidak lagi resah





Love Quotes

"True love cannot be found where it does not exist,
nor can it be denied where it does."
--Anonymous

"In the arithmetic of love,
one plus one equals everything,
and two minusone equals nothing."
--Source Unknown

"True love can blind you,
but at the same time,
if you let it... it can also open your eyes."
--submitted by Jasmine

"You attract people by the qualities you display.
You keep them by thequalities you possess."
--Source Unknown

"Dont let your past dictate who you are,
but let it be part of who you will become."
-Submitted by Maria

"Got a picture of you I carry in my heart,
close my eyes and see it when the world gets dark."
-Lonestar






Tuesday, August 03, 2004

Tiada tajuk 3

Hari ini

  • kena sore throat
  • paid all my bills
  • hantar Training Evaluation Form
  • had lunch kat Tupai² ( recommended to semua )
  • continue with my office work ( like a never ending story )
  • continue reading Message In The Bottle
  • Monday, August 02, 2004

    Rindu Pada Semua


    Malaysia is still the best...itulah yang dapat aku katakan. Aku rasa ramai yang sependapat denganku. Walaupun pun negara lain lebih maju dan canggih, Malaysia still has that 'unique personality'. Aku rasa bangga juga bila a few Singaporean yang ku jumpa menyatakan betapa mereka menyukai KL and Malaysia as a whole. Malah sidia pun pernah menyatakan sedemikian. Masa itu aku tidak merasakan keistimewaan Malaysia namun pabila di sana, aku mula merasakannya dan merindui tanahairku.

    Rindu juga aku pada kalian sebab tak dapat membaca blog² yang kusenaraikan di webpage ini. Rindu juga aku pada keluarga dan juga pada sidia. Sepanjang diriku disana , kami tidak berkesempatan untuk bertemu kerana kesibukannya. Lantaran itu dan ditambah dengan lain² faktor, aku jadi marah. Aku jarang marah, seingatku belum pernah aku marah sehingga tidak mengendahkan panggilan sidia. Kalau tak silap ada 8 kali dia menelefonku semalam tapi semuanya tidak kuhiraukan. Bukan aku tidak memahami tetapi haruskah aku seorang sahaja yang patut faham.Salahkah aku berbuat begitu? Tidak merasainya ketika itu..kini aku diulit penyesalan kerana tidak menjawap panggilannya. Teringatku pada satu English phrase "we usually hurt the one we love the most". Akukah itu? Aku tahu sidia seorang yang akan cuba menyelesaikan apa² masalah kami pada masa itu juga. Bukan aku tidak mahu menyelesaikannya cuma tidak mahu kemarahanan ku akan memburukkan keadaan. Telah kunyatakan kepada sidia tentang itu dan moga sidia akan faham.

    P/S
    Maaf jika dirimu terluka dengan sikapku. Bukan ingin melukai. Juga congrats..dirimu tahu kenapa.

    Sunday, August 01, 2004

    Tiada tajuk 3

    Hari ini

  • kena sore throat
  • paid all my bills
  • hantar Training Evaluation Form
  • had lunch kat Tupai² ( recommended to semua )
  • continue with my office work ( like a never ending story )
  • continue reading Message In The Bottle