Thursday, August 05, 2004

Aku, Ombak Dan Sungai



Setiap kali aku merasa sedih aku ingin bersendiri di tepi pantai atau sungai. Acapkali ku impikan sebegitu tetapi dimana di KL ini hendakku ku cari pantai dan sungai. Kalau adapun bukan seperti yang aku impikan. Mungkin aku sudah terbiasa kerana rumahku dekat dengan pantai. Begitu juga setiap kali berkunjung ke rumah opahku, aku tidak melepaskan peluang pergi ke sungai. Masih ku ingat, aku tidak akan lupa mencari kulit sinting atau siput di pantai dan menangkap anak-anak ikan di aliran sungai. Indahnya masa itu. Kalau ianya boleh diulang, aku pasti akan berbuat begitu. Ombak dan aliran air sungai itu boleh memberi aku ketenangan ketika lara.

Itulah yang ingin kulakukan ketika ini..mencari ketenangan diri. Aku ingin duduk di atas batu sambil memerhatikan aliran air dan melepaskan segala keresahan hatiku. Aku ingin sekali memerhati langit petang dan matahari terbenam di tepi pantai sambil bersyukur atas rahmatNya. Aku ingin hanya duduk menikmati keindahan alam tanpa perlu memikirkan apa-apa. Aku ingin menjadi kanak-kanak itu semula. Berlari di tepi pantai dengan hati yang girang. Menggocak aliran air sungai. Menghanyutkan daun-daun yang ku anggap seperti sampan. Aku hanya ingin itu agar diriku tidak lagi resah





No comments: