Dugaanku
Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku
Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu
Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki
Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷
Paranoiakah aku kerana merasakan yang kau tidak lagi seperti dulu? Smsku sudah jarang berbalas dan soalanmu semalam agak memeranjatkanku. Tidak pekakah dia pada perasaan seseorang perempuan dianggap istimewa? Aku mulai bertanya siapa aku dalam hatimu. Apakah kesudahan ceritaku, aku tidak tahu. Aku tidak mahu lagi mengharap sesuatu yang aku sendiri sudah tidak pasti pengakhirannya. Aku tidak lagi mahu memikirkannya lagi. Hati ini kalau boleh tidak mahu menangis lagi. Tidak mahu lagi menitiskan airmata. Sebaiknya, aku hanya berserah padaNya dan berdoa agar akan datang bahagia. Moga aku diberikan ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi apa juga dugaanNya. Bukan hati tidak lagi cinta atau hilang sudah kasih sayang. Dek cinta dan sayang itulah, aku harus memberikan ruang buat dirimu. Mungkin kelak kita akan lebih memahami dan menghargai.
P/S : Terima kasih Ila...kerana kisah dan kata²mu menjadikan aku lebih kuat dan tabah dari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment