which allows for change
and growth in the individuals
and in the way they express their love.>
Pearl Buck (1892 - 1973)
Hari Sabtu lepas aku berjalan² kat area jalan TAR cari tudung sebab nak pakai malam tu. Ada kenduri kahwin kat PWTC. Lepas cari tudung and beli kain ela sepasang dua, aku pun menuju ke Sogo. Sedang aku menunggu housemateku yang ntah kat mana, aku terserempak dengan kawan masa kat universiti dulu. Lama juga tak berjumpa..serasa kau adalah dalam 6 or 7 tahun. Dia pun seperti aku juga..masih belum berdua. Aku tertawa bila berkata "agaknya batch kita semua kena sumpah kot. Ramai juga yang belum kahwin lagi" Tidakku tahu pulak ramai di antara kawanku yang masih single. Selepas bertukar no telefon, aku pun beredar dari situ.
Malam tu aku pun pergi wedding dengan my parents, aunties, uncles also my cousins. The food is quite okay. Jumpa ramai juga relatives and orang kampung. I still prefer the traditional wedding arrangement. Semua orang bergotong-royong memasak. Mungkin sudah terbiasa kot sebab my aunties and especially atuk memang masak untuk orang kahwin. Suka tengok atuk masak..konon² nak belajar. Sampai atuk punya helper kata aku ajer cucu dia yang suka tolong and tengok dia masak. Nanti boleh ganti atuk pulak katanya. Mak aii...aku taklah sampai ke tahap tu...banyak kena tahu tu and kena sedap pulak.
The next day, aku and my aunties duduk berbual. Topiknya..apalagi bab kahwin and tiba² my mak usu cakap.."kat kampung tu ada sorang tu baru aje bercerai dengan wife dia..tapi dia gemuk sikit.." Dalam hati aku kata..alamak dah mula dah. Desperate sangat ke aku ni. Aku pun mencelah "kena Busu nak recommend ke? Tak apalah...my jodoh dah tertulis kat atas sana...tak payah nak fikir² sangat."
Bukannya aku tak terasa melihat semua kawan²ku sudah punyai keluarga sendiri. Aku cuma berdoa moga satu hari aku juga akan ada keluarga sendiri. Aku tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan dan kalau boleh biarlah dia pilihan hatiku. Kadang rasa takut juga hendak berdua sebab tak semestinya ianya akan indah. Banyak sudah ku lihat dan ku dengar tapi hidup mana yang tak dilanda badai. Itu jugalah yang kukatakan pada Awin semalam bila dia ter'carried away' dengan cerita Bukan Puteri Lindungan Bulan.
Hanya doa kupanjatkan padaNya agar satu hari aku pun akan bahagia.
No comments:
Post a Comment