Saturday, June 12, 2004

1/3 Hari Di Imigresen.


Yesterday was not my day. Pagi semalam i kononnya nak datang lambat sikit kerana hendak menyelesaikan urusan permohonan passport ku. Aku pun called office kata aku datang lambat sikit. So, sebab tak nak lambat aku pun naiklah cab pergi Jabatan Imigresen PB. Aku pun dengan semangatnya pun berbaris nak ambil no giliran. Sampai ajer giliran aku, aku menerangkan yang passport hilang. Mamat tu dgn muka tanpa senyum, terus berkata " Ni kena pergi WC, tak boleh buat kat sini." Ingat nak ambik time-off ajer..now dah jadi camni, kenalah ambil half day or EL. Aku pun bergegas menahan cab untuk pergi ke WC dan mengambil nombor giliran. Lepas aku memberikan borang permohonan, copy police report and IC, mamat kat situ pulak kata" Kena ada surat beranak kalau nak process permohonan ni." Baik ada senyuman di muka, kalau tak ntahlah... Aduhhhh, penatnya aku. Nak kena balik rumah pulak. Kalau tak buat hari ni sesia aje aku ambik cuti. By hook or crook, kena selesaikan juga.
Lepas ambil ajer surat beranak, aku pun naiklah KTM Komuter, dan berjalan ke WC. Lepas hantar all the documents needed, i waited for abt one hour before dipanggil masuk ke dalam Jabatan Siasatan (JS). Pegawai tu kemudian suruh aku go and have my lunch coz it's already 1.30pm. Dia kata pukul 2pm datang balik and he will call for me. I had fish and chips for lunch. Tepat pukul 2pm, aku pun tunggu di depan pintu JS. Tunggu punya tunggu..dah dekat pukul 4pm, nama aku pun tak dipanggil². Tanya staff kat kaunter tu sungguh menyakitkan hati so much for motto " Khidmat Dengan Senyuman". Orang makin lama makin sedikit ..tak boleh jadi ni. Aku pun apa lagi, masuk aje kat JS. Pegawai tu kata dia tunggu aku since pukul 2pm. Aku beritahulah yg aku tunggu kat luar. Aku ker yang tersalah dengar. Tak sampai 3 minit, aku dah boleh balik. Ish..ish..kalau takde miscommunication, pukul 2pm aku dah balik. Sabar..
Dahlah masa kat imigresen, aku exchanged sms dgn dia dan we ended up having an argument. I guess i deserve it kerana tak understand his situation. Tension betul....



No comments: