Aku terbaca dalam blog Unsunghero that Bluehikari nak stop writing to his blog. To be frank i did visit his blog few times but don't really read the content. So on Wednesday i downloaded and printed his ebook. Tadi aku mula membaca Bluehikari E-book 2000 and Bluehikari E-book 2002.
Coretannya membangkitkan rasa betapa aku patut bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepadaku. Ketabahannya dan juga sokongan para pembaca jurnalnya, membuatkan aku kagum kerana masih ramai lagi yang memiliki nilai kemanusiaan walaupun ada segelintir yang tidak habis² dengan PHDnya. Dari jurnal itu juga, aku dapat merasakan betapa rapatnya geng² jurnal. Mungkin aku juga akan dapat menikmati kemesraan itu juga pada masa akan datang. Aku juga berharap that he will make a comeback one day kerana pasti ramai yang akan menunggu.
Pembacaan dari helai ke sehelai, menerbitkan kerinduanku pada dia. Mungkin kerana Bluehikari kerapkali membicarakan tentang itu. Aku patut menerima kemarahannya kerana tidak cuba mengerti dan menilai situasi. Padahnya telah ku terima. Aku berdoa padaNya agar aku dan dia diberikan kesabaran dalam menghadapi segala dugaan didalam perhubungan kami.
P/S: Maafkan diriku...bukan niatku membuatkan kau marah. Doaku jua moga kau cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment