Friday, December 31, 2004

HAPPY NEW YEAR

Tinggal lagi 10 jam, kita akan meninggalkan Tahun 2004 dan meruskan perjalanan kehidupan di Tahun 2005. Cepatnya masa berlalu ,rasa macam baru sahaja menyambut Tahun 2004. Hari ini, aku dan rakan sepejabat sudah berkira-kira konon dapat half day macam last year. Namun dengan sedihnya, tak ada pun keluar memo half day. Malah CEO aku siap beritahu 'esok kan cuti, so rehat esoklah'. There goes the half day. Dengan perasaan sayu, aku melihat hampir keseluruhan penghuni² lain dalam bangunan ini balik dengan muka ceria. Terpaksalah tunggu pukul 5.30pm baru balik. Rasanya ada juga yang akan datang kerja esok seperti tahun-tahun lepas untuk settlekan the renewal. Well, other parts of the world belum New Year lagi and they will try to get renewal confirmation before 1st January 2005. Department aku taklah teruk sangat sebab yang aku insure mostly are Malaysian's risks. Tahun ni lucky sikit sebab tak ada memo for underwriting department kata takleh cuti bulan 12. Nevertheless, tak ada pun yang ambil cuti since it is a very busy period for us. Sedih tak dapat half day...


To all my fellow friends and bloggers ~~> HAPPY NEW YEAR!!!

Thursday, December 30, 2004

Azam baru

Sudah tertunaikah azam? Sudah tercapaikah matlamat?  Lagi 2 hari kita akan memasuki Tahun 2005. Berlalu sudah Tahun 2004 yang penuh dengan cerita suka dan duka. Setiap kali menjelang tahun baru akan ada azam yang dibuat. Tertunai atau tidak itu belakang kira. Samalah juga dengan diri aku. Azam tahun 2004 pun aku dah lupa. Yang pastinya aku dah pun completed my AMII, a professional qualification untuk insurance industry. Ada yang bertanya apa azam aku pada tahun 2005. Aku sebenarnya belum berfikir tentang itu. Plan nak buat Masters in 2005 and also kalau ada jodoh dengan sidia, naklah berdua ( ish..ish.. terasa pulak macam perigi cari timba ).

Apa azam anda di 2005?

Wednesday, December 29, 2004

Quiz

Guys Like That You're Sensitive

And not in that "cry at a drop of a hat" sort of way
You just get most guys - even if you're not trying to
Guys find it is easy to confide in you and tell you their secrets
No wonder you tend to get close quickly in relationships!

What Do Guys Like About You? Take This Quiz :-)

Find the Love of Your Life (and More Love Quizzes) at Your New Romance.

Monday, December 27, 2004

Gath GEJU 2004

+gathering gengjurnal 2004/2005 





Semalam aku pergi gathering GEJU kat UPM. Naik komuter sampai Serdang pastu ambil teksi gi UPM. Driver teksi itu tak tahu kat mana Dewan Sri Pulasan. Tanya guard kat situ, diarahkan teksi driver tu, pergi bangunan beratap biru. Setibanya kat dewan itu, heran pulak aku sebab macam tak ada event kat situ. Sah-sah aku dah salah tempat. Aku pun berjalan pergi bus stop and tanya student UPM kat mana Dewan Sri Pulasan. Dia orang pun tak tahu. Aku pun called Langsat, minta tolong dia ambil kat bus stop. Dalam jangkamasa 5 minit Langsat pun sampai menyelamatkan aku dari tersesat. Rupanya Dewan Sri Pulasan tu kat Kolej Keenam UPM. Terima kasih Dik Langsat.

Aku duduk kat meja 17 bersama-sama Petz, Sayangmama, Khalilur, Luqman dan this adik yang aku tak ingat nama ( sorry yek ). Aku pun dapat jumpa orang yang selau selalu aku baca blognyer dan ber'ym' ~ OP, ND, Basrie, Tipah, Tok Rimau, Bluehikari, Fajar, Sultan Muzaffar, Afdzal Afxzal ( sorry yek tersalah eja ) and Najah, Wkdin, Ayeres, Mushroomcute, Kak Nis, Tudung Purple, Dona and ramai lagi yang tak ingat.

Ada persembahan dari ND and the team.
 



Ini pertama kali aku datang gathering and i would say i am happy to meet orang yang hanya kutemui di alam maya selama ini.

Kepada AJK Gath GEJU 2004 ~ Tahniah. You all did a great job ~

Also kepada semua pemenang Anugerah GEJU ~ Tahniah. Keep up the good work ~

Moga ada lagi pertemuan selepas ini.


Friday, December 24, 2004

My Kelisa and Discount Money

Semalam gi ambil kereta kat Midvalley. Disebabkan tak berani nak drive, aku pun ajak my best friend tolong drive kereta tu. Tengah2 dah check semua benda, salesman tu kata ada good news.


Aku : Tadi kata ada good news.
Salesman : Ha'ah kak. Masa beli kereta tak ada diskaun. Sekarang ada discount. Saya akan cuba    dapatkan discount untuk akak.
Aku : Baguslah tu..cubalah dapatkan discount tu.
( Dalam hati kata "bagus tu...boleh buat beli barang rumah" )
Salesman : Saya cubalah tapi saya nak minta sikit.
Aku : Berapa discount yang akan dapat roughly?
Salesman : Lebih kurang RM 800
Aku : Kalau nak mintak sikit tu berapa?
Salesman : RM 300 boleh
( Dalam hati kata "mak oii!! Banyaknya )
Aku : RM 200 okay.
Salesman : Ermmm
Aku : Dapatkan discount tu dulu. Nanti bincang kemudian.
Salesman : Saya cuba.


Olehkerana masih takut nak bawa kereta, aku ajak Awin overnight kat rumah aku. We headed to rumah Awin. Sampai ajer area rumah Awin, she asked me to drive. Alamak...camner ya. Tapi alhamdulillah, bolehlah sikit2 cuma kena belajar kawal steering.

Pagi tadi, ramai yang tanya pasal kereta aku. Aku cakap aku tak bawak, tinggal kat rumah. Pastu aku pun cerita kat my colleagues kat office ni pasal discount tu. Ramai yang marah sebab kenapa salesman tu nak minta the discount money since he dah earn the commission. My engineer dua orang tu dah meng'offer' diri untuk pergi with me masa nak collect cheque ( provided that aku dpt discount tu..hopefully lah ). Okay juga tu ada bodyguard yang boleh tolong.

 
...dah ada kereta baru rasa marah bila driver lain buat jalan raya macam dia punya. Mungkin sebab ada sense of ownership...dulu passenger ajer...

Dream A Little Dream Of Me --- Mama Cass

Stars shining bright above you
Night breezes seem to whisper 'I love you'
Birds singing in the sycamore tree
Dream a little dream of me
Say 'Night-ie night' and kiss me
Just hold me tight and tell me you'll miss me
While I'm alone and blue as can be
Dream a little dream of me
Stars fading but I linger on, dear
Still craving your kiss
I'm longing to linger till dawn, dear
Just saying this
Sweet dreams till sunbeams find you
Sweet dreams that leave all worries behind you
But in your dreams whatever they be
Dream a little dream of me

( French Kiss Soundtrack )

Thursday, December 23, 2004

Aku rindu..



Aku jadi rindu. Sudah lama juga rindu ini bertamu dihati.

   entah sampai bila...

Tuesday, December 21, 2004

Menghitung Hari

Aku terdengar lagu ni last Friday and membuatkan aku teringat pada sidia. Lirik lagu ni macam terkena aje kat aku.

Menghitung Hari -  Salmiah Hassan


Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga

Thursday, December 16, 2004

My Kelisa Part 2

Last Saturday aku sprained my ankle masa the cari furniture for my new house. Until now masih lagi ada bengkak sikit and rasa sakit. Kiranya dah berhari-harilah kakiku ini ber'bandage'. Now aku diserang batuk and sore throat.

CEO aku baru masuk office hari ini. Pagi2 tadi aku dah suruh his secretary hantar my car loan application to him for his approval. Aku dapat cheque before lunch tadi..so lunch hour aku pun pergi jumpa car dealer and make full payment untuk kereta tu. Tentatively by next week either wednesday or thursday aku dapat my car sebab nak tunggu cheque clear dulu.

Takut juga nak drive ni..maklumlah dah lama tak drive..makan tahun sejak aku last drive. Tapi dalam hati aku rasa shouldn't be a problem. Kawan-kawan aku pun kata tak susah memandangkan kereta aku itu auto, lainlah kalau manual.

Apapun Good Luck To Me.

Friday, December 10, 2004

Doaku

Aku tahu Ya Allah setiap pilihan yang ku buat akan mengubah corak perjalanan hidupku.
Ya Allah, aku mohon agar apa yang aku lakukan ini tidak akan menghilangkan kasih dan sayangku pada dia. Dan juga tidak akan mengurangkan kasih dan sayangnya padaku.

Satukanlah hati kami dalam cahayaMu, dalam keredhaanMu dan jua dalam kasih sayangMu.

Berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi seketika detik hidupku tanpa dia disisi sehingga aku bersedia untuk kembali.


Maaf sayang kerana aku perlu 'pergi' untuk seketika dan berfikir tentang kita. Pergiku bukan kerana tak sayang...

Dapatkah Aku Mengapai Pelangi

I know that sidia akan fly off to NZ tonite. Sampai ketika ini dia tidak call me or balas my sms. Sukarkah untuk berbuat untuk hanya membalas smsku jika sidia enggan menelefonku sekalipun. Kadangkala aku rasa macam nak give up tapi hati terlalu sayang. Allah akan bersama orang yang sabar..dan aku akan bersabar.

semakin aku mengejar
semakin jauh ia pergi..
adakah aku akan hanya
melihat keindahanmu pelangi
dari kejauhan cuma
atau mungkin nanti
tanpa aku sedar
pelangi akan muncul
dihadapanku...

Wednesday, December 08, 2004

Sabar Menanti

Hari Khamis sidia akan fly off to NZ for a two weeks vacation. A place that i really want to go. I am going to miss him for sure. Boleh tak if aku nak rasa yang dia mungkin pergi with that girl but he's not telling. Kenapa ya aku rasa macam tu? Sebab that girl ajak dia pergi holiday kat China..bila aku tanya dia few months back dia kata he's not going with that girl to China but going to NZ with his friends instead. Semalam bila tanya kata pergi sorang2. Tak baik ke jika aku ada prasangka begitu?

Persoalan Awin dua hari lepas bila aku memberitahu yang sidia akan ke NZ membuatkan aku terdiam seketika. "Kenapa he tak find time or peluang to see you?" Aku tiada jawapan untuk itu. Jawapannya ada pada sidia. Aku tidak suka memaksa. Biarlah sidia berfikir sendiri kerana telah ku katakan padanya dulu aku tidak akan bertanya lagi tentang itu. Selagi aku mampu bersabar dan menunggu, aku akan setia menanti.

i am going to miss you so dearly


Aku Cinta Aku Rindu  - Nurul & Ajai

N: Ho..ho..ho..
A: ho..ho..ho..

Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi

Tak dapat ku me
mbayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa

Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...

Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...

Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...

Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada disisi

Tak dapat ku me
mbayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa oo...

Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama oo...

Saturday, December 04, 2004

Koperasi Keluarga

Dah lama aku ada idea nak tubuhkan koperasi keluarga in this head of mine. Kira-kira 5 bulan lepas. Aku dah suarakan hasrat aku ni pada a few of my relatives..nampak macam ada sambutan. Ada juga yang tanya bila nak start koperasi ni. Selepas tertangguh beberapa lama, hari ini aku dah siapkan Matlamat Penubuhan, Yuran keahlian, Borang Keahlian dan Borang Pencalonan Jawatankuasa Koperasi.
Aku namakan koperasi keluarga aku ni sebagai Koperasi Keluarga Haji Yusof, bersempena nama datukku dan juga aku lantik sebagai pengerusi tetap. Hopefully apa yang aku rancangkan ini akan mencapai matlamatnya dengan jaya.

Hari ini nak balik kampung so, bolehlah distribute semua form tadi..

Friday, December 03, 2004

DVD Era...

After seeing the dentist for my final root canal treatment, i thought of finding myself a few vcds. So i went to this one shop that i visited few times whenever i want to get myself vcds. Looking around inside the shop, i can't find any vcd anywhere. Don't watch vcd no more...ermmm. Out of curiousity, i asked the guy there.."vcd tak ada ke?" He said, " DVD aje". At that point, i am feeling a lil outdated and went out of that shop. While walking to Bangsar Village, i stumbled upon another video shop. Going to try my luck and yes...this time i saw the vcds but very limited. Well, better than nothing. Got myself Bridget Jones : The Edge of Reason and The Princess Diary 2. Perhaps i should get myself a DVD player..a cheap one.

What say you?

Thursday, December 02, 2004

Song of the Rain - Kahlil Gibran


I am dotted silver threads dropped from heaven
By the gods. Nature then takes me, to adorn
Her fields and valleys.

I am beautiful pearls, plucked from the
Crown of Ishtar by the daughter of Dawn
To embellish the gardens.

When I cry the hills laugh;
When I humble myself the flowers rejoice;
When I bow, all things are elated.

The field and the cloud are lovers
And between them I am a messenger of mercy.
I quench the thirst of one;
I cure the ailment of the other.

The voice of thunder declares my arrival;
The rainbow announces my departure.
I am like earthly life, which begins at
The feet of the mad elements and ends
Under the upraised wings of death.

I emerge from the heard of the sea
Soar with the breeze. When I see a field in
Need, I descend and embrace the flowers and
The trees in a million little ways.

I touch gently at the windows with my
Soft fingers, and my announcement is a
Welcome song. All can hear, but only
The sensitive can understand.

The heat in the air gives birth to me,
But in turn I kill it,
As woman overcomes man with
The strength she takes from him.

I am the sigh of the sea;
The laughter of the field;
The tears of heaven.

So with love -
Sighs from the deep sea of affection;
Laughter from the colorful field of the spirit;
Tears from the endless heaven of memories.