Friday, December 31, 2004

HAPPY NEW YEAR

Tinggal lagi 10 jam, kita akan meninggalkan Tahun 2004 dan meruskan perjalanan kehidupan di Tahun 2005. Cepatnya masa berlalu ,rasa macam baru sahaja menyambut Tahun 2004. Hari ini, aku dan rakan sepejabat sudah berkira-kira konon dapat half day macam last year. Namun dengan sedihnya, tak ada pun keluar memo half day. Malah CEO aku siap beritahu 'esok kan cuti, so rehat esoklah'. There goes the half day. Dengan perasaan sayu, aku melihat hampir keseluruhan penghuni² lain dalam bangunan ini balik dengan muka ceria. Terpaksalah tunggu pukul 5.30pm baru balik. Rasanya ada juga yang akan datang kerja esok seperti tahun-tahun lepas untuk settlekan the renewal. Well, other parts of the world belum New Year lagi and they will try to get renewal confirmation before 1st January 2005. Department aku taklah teruk sangat sebab yang aku insure mostly are Malaysian's risks. Tahun ni lucky sikit sebab tak ada memo for underwriting department kata takleh cuti bulan 12. Nevertheless, tak ada pun yang ambil cuti since it is a very busy period for us. Sedih tak dapat half day...


To all my fellow friends and bloggers ~~> HAPPY NEW YEAR!!!

Thursday, December 30, 2004

Azam baru

Sudah tertunaikah azam? Sudah tercapaikah matlamat?  Lagi 2 hari kita akan memasuki Tahun 2005. Berlalu sudah Tahun 2004 yang penuh dengan cerita suka dan duka. Setiap kali menjelang tahun baru akan ada azam yang dibuat. Tertunai atau tidak itu belakang kira. Samalah juga dengan diri aku. Azam tahun 2004 pun aku dah lupa. Yang pastinya aku dah pun completed my AMII, a professional qualification untuk insurance industry. Ada yang bertanya apa azam aku pada tahun 2005. Aku sebenarnya belum berfikir tentang itu. Plan nak buat Masters in 2005 and also kalau ada jodoh dengan sidia, naklah berdua ( ish..ish.. terasa pulak macam perigi cari timba ).

Apa azam anda di 2005?

Wednesday, December 29, 2004

Quiz

Guys Like That You're Sensitive

And not in that "cry at a drop of a hat" sort of way
You just get most guys - even if you're not trying to
Guys find it is easy to confide in you and tell you their secrets
No wonder you tend to get close quickly in relationships!

What Do Guys Like About You? Take This Quiz :-)

Find the Love of Your Life (and More Love Quizzes) at Your New Romance.

Monday, December 27, 2004

Gath GEJU 2004

+gathering gengjurnal 2004/2005 





Semalam aku pergi gathering GEJU kat UPM. Naik komuter sampai Serdang pastu ambil teksi gi UPM. Driver teksi itu tak tahu kat mana Dewan Sri Pulasan. Tanya guard kat situ, diarahkan teksi driver tu, pergi bangunan beratap biru. Setibanya kat dewan itu, heran pulak aku sebab macam tak ada event kat situ. Sah-sah aku dah salah tempat. Aku pun berjalan pergi bus stop and tanya student UPM kat mana Dewan Sri Pulasan. Dia orang pun tak tahu. Aku pun called Langsat, minta tolong dia ambil kat bus stop. Dalam jangkamasa 5 minit Langsat pun sampai menyelamatkan aku dari tersesat. Rupanya Dewan Sri Pulasan tu kat Kolej Keenam UPM. Terima kasih Dik Langsat.

Aku duduk kat meja 17 bersama-sama Petz, Sayangmama, Khalilur, Luqman dan this adik yang aku tak ingat nama ( sorry yek ). Aku pun dapat jumpa orang yang selau selalu aku baca blognyer dan ber'ym' ~ OP, ND, Basrie, Tipah, Tok Rimau, Bluehikari, Fajar, Sultan Muzaffar, Afdzal Afxzal ( sorry yek tersalah eja ) and Najah, Wkdin, Ayeres, Mushroomcute, Kak Nis, Tudung Purple, Dona and ramai lagi yang tak ingat.

Ada persembahan dari ND and the team.
 



Ini pertama kali aku datang gathering and i would say i am happy to meet orang yang hanya kutemui di alam maya selama ini.

Kepada AJK Gath GEJU 2004 ~ Tahniah. You all did a great job ~

Also kepada semua pemenang Anugerah GEJU ~ Tahniah. Keep up the good work ~

Moga ada lagi pertemuan selepas ini.


Friday, December 24, 2004

My Kelisa and Discount Money

Semalam gi ambil kereta kat Midvalley. Disebabkan tak berani nak drive, aku pun ajak my best friend tolong drive kereta tu. Tengah2 dah check semua benda, salesman tu kata ada good news.


Aku : Tadi kata ada good news.
Salesman : Ha'ah kak. Masa beli kereta tak ada diskaun. Sekarang ada discount. Saya akan cuba    dapatkan discount untuk akak.
Aku : Baguslah tu..cubalah dapatkan discount tu.
( Dalam hati kata "bagus tu...boleh buat beli barang rumah" )
Salesman : Saya cubalah tapi saya nak minta sikit.
Aku : Berapa discount yang akan dapat roughly?
Salesman : Lebih kurang RM 800
Aku : Kalau nak mintak sikit tu berapa?
Salesman : RM 300 boleh
( Dalam hati kata "mak oii!! Banyaknya )
Aku : RM 200 okay.
Salesman : Ermmm
Aku : Dapatkan discount tu dulu. Nanti bincang kemudian.
Salesman : Saya cuba.


Olehkerana masih takut nak bawa kereta, aku ajak Awin overnight kat rumah aku. We headed to rumah Awin. Sampai ajer area rumah Awin, she asked me to drive. Alamak...camner ya. Tapi alhamdulillah, bolehlah sikit2 cuma kena belajar kawal steering.

Pagi tadi, ramai yang tanya pasal kereta aku. Aku cakap aku tak bawak, tinggal kat rumah. Pastu aku pun cerita kat my colleagues kat office ni pasal discount tu. Ramai yang marah sebab kenapa salesman tu nak minta the discount money since he dah earn the commission. My engineer dua orang tu dah meng'offer' diri untuk pergi with me masa nak collect cheque ( provided that aku dpt discount tu..hopefully lah ). Okay juga tu ada bodyguard yang boleh tolong.

 
...dah ada kereta baru rasa marah bila driver lain buat jalan raya macam dia punya. Mungkin sebab ada sense of ownership...dulu passenger ajer...

Dream A Little Dream Of Me --- Mama Cass

Stars shining bright above you
Night breezes seem to whisper 'I love you'
Birds singing in the sycamore tree
Dream a little dream of me
Say 'Night-ie night' and kiss me
Just hold me tight and tell me you'll miss me
While I'm alone and blue as can be
Dream a little dream of me
Stars fading but I linger on, dear
Still craving your kiss
I'm longing to linger till dawn, dear
Just saying this
Sweet dreams till sunbeams find you
Sweet dreams that leave all worries behind you
But in your dreams whatever they be
Dream a little dream of me

( French Kiss Soundtrack )

Thursday, December 23, 2004

Aku rindu..



Aku jadi rindu. Sudah lama juga rindu ini bertamu dihati.

   entah sampai bila...

Tuesday, December 21, 2004

Menghitung Hari

Aku terdengar lagu ni last Friday and membuatkan aku teringat pada sidia. Lirik lagu ni macam terkena aje kat aku.

Menghitung Hari -  Salmiah Hassan


Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga

Thursday, December 16, 2004

My Kelisa Part 2

Last Saturday aku sprained my ankle masa the cari furniture for my new house. Until now masih lagi ada bengkak sikit and rasa sakit. Kiranya dah berhari-harilah kakiku ini ber'bandage'. Now aku diserang batuk and sore throat.

CEO aku baru masuk office hari ini. Pagi2 tadi aku dah suruh his secretary hantar my car loan application to him for his approval. Aku dapat cheque before lunch tadi..so lunch hour aku pun pergi jumpa car dealer and make full payment untuk kereta tu. Tentatively by next week either wednesday or thursday aku dapat my car sebab nak tunggu cheque clear dulu.

Takut juga nak drive ni..maklumlah dah lama tak drive..makan tahun sejak aku last drive. Tapi dalam hati aku rasa shouldn't be a problem. Kawan-kawan aku pun kata tak susah memandangkan kereta aku itu auto, lainlah kalau manual.

Apapun Good Luck To Me.

Friday, December 10, 2004

Doaku

Aku tahu Ya Allah setiap pilihan yang ku buat akan mengubah corak perjalanan hidupku.
Ya Allah, aku mohon agar apa yang aku lakukan ini tidak akan menghilangkan kasih dan sayangku pada dia. Dan juga tidak akan mengurangkan kasih dan sayangnya padaku.

Satukanlah hati kami dalam cahayaMu, dalam keredhaanMu dan jua dalam kasih sayangMu.

Berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi seketika detik hidupku tanpa dia disisi sehingga aku bersedia untuk kembali.


Maaf sayang kerana aku perlu 'pergi' untuk seketika dan berfikir tentang kita. Pergiku bukan kerana tak sayang...

Dapatkah Aku Mengapai Pelangi

I know that sidia akan fly off to NZ tonite. Sampai ketika ini dia tidak call me or balas my sms. Sukarkah untuk berbuat untuk hanya membalas smsku jika sidia enggan menelefonku sekalipun. Kadangkala aku rasa macam nak give up tapi hati terlalu sayang. Allah akan bersama orang yang sabar..dan aku akan bersabar.

semakin aku mengejar
semakin jauh ia pergi..
adakah aku akan hanya
melihat keindahanmu pelangi
dari kejauhan cuma
atau mungkin nanti
tanpa aku sedar
pelangi akan muncul
dihadapanku...

Wednesday, December 08, 2004

Sabar Menanti

Hari Khamis sidia akan fly off to NZ for a two weeks vacation. A place that i really want to go. I am going to miss him for sure. Boleh tak if aku nak rasa yang dia mungkin pergi with that girl but he's not telling. Kenapa ya aku rasa macam tu? Sebab that girl ajak dia pergi holiday kat China..bila aku tanya dia few months back dia kata he's not going with that girl to China but going to NZ with his friends instead. Semalam bila tanya kata pergi sorang2. Tak baik ke jika aku ada prasangka begitu?

Persoalan Awin dua hari lepas bila aku memberitahu yang sidia akan ke NZ membuatkan aku terdiam seketika. "Kenapa he tak find time or peluang to see you?" Aku tiada jawapan untuk itu. Jawapannya ada pada sidia. Aku tidak suka memaksa. Biarlah sidia berfikir sendiri kerana telah ku katakan padanya dulu aku tidak akan bertanya lagi tentang itu. Selagi aku mampu bersabar dan menunggu, aku akan setia menanti.

i am going to miss you so dearly


Aku Cinta Aku Rindu  - Nurul & Ajai

N: Ho..ho..ho..
A: ho..ho..ho..

Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi

Tak dapat ku me
mbayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa

Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...

Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...

Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...

Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada disisi

Tak dapat ku me
mbayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa oo...

Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama oo...

Saturday, December 04, 2004

Koperasi Keluarga

Dah lama aku ada idea nak tubuhkan koperasi keluarga in this head of mine. Kira-kira 5 bulan lepas. Aku dah suarakan hasrat aku ni pada a few of my relatives..nampak macam ada sambutan. Ada juga yang tanya bila nak start koperasi ni. Selepas tertangguh beberapa lama, hari ini aku dah siapkan Matlamat Penubuhan, Yuran keahlian, Borang Keahlian dan Borang Pencalonan Jawatankuasa Koperasi.
Aku namakan koperasi keluarga aku ni sebagai Koperasi Keluarga Haji Yusof, bersempena nama datukku dan juga aku lantik sebagai pengerusi tetap. Hopefully apa yang aku rancangkan ini akan mencapai matlamatnya dengan jaya.

Hari ini nak balik kampung so, bolehlah distribute semua form tadi..

Friday, December 03, 2004

DVD Era...

After seeing the dentist for my final root canal treatment, i thought of finding myself a few vcds. So i went to this one shop that i visited few times whenever i want to get myself vcds. Looking around inside the shop, i can't find any vcd anywhere. Don't watch vcd no more...ermmm. Out of curiousity, i asked the guy there.."vcd tak ada ke?" He said, " DVD aje". At that point, i am feeling a lil outdated and went out of that shop. While walking to Bangsar Village, i stumbled upon another video shop. Going to try my luck and yes...this time i saw the vcds but very limited. Well, better than nothing. Got myself Bridget Jones : The Edge of Reason and The Princess Diary 2. Perhaps i should get myself a DVD player..a cheap one.

What say you?

Thursday, December 02, 2004

Song of the Rain - Kahlil Gibran


I am dotted silver threads dropped from heaven
By the gods. Nature then takes me, to adorn
Her fields and valleys.

I am beautiful pearls, plucked from the
Crown of Ishtar by the daughter of Dawn
To embellish the gardens.

When I cry the hills laugh;
When I humble myself the flowers rejoice;
When I bow, all things are elated.

The field and the cloud are lovers
And between them I am a messenger of mercy.
I quench the thirst of one;
I cure the ailment of the other.

The voice of thunder declares my arrival;
The rainbow announces my departure.
I am like earthly life, which begins at
The feet of the mad elements and ends
Under the upraised wings of death.

I emerge from the heard of the sea
Soar with the breeze. When I see a field in
Need, I descend and embrace the flowers and
The trees in a million little ways.

I touch gently at the windows with my
Soft fingers, and my announcement is a
Welcome song. All can hear, but only
The sensitive can understand.

The heat in the air gives birth to me,
But in turn I kill it,
As woman overcomes man with
The strength she takes from him.

I am the sigh of the sea;
The laughter of the field;
The tears of heaven.

So with love -
Sighs from the deep sea of affection;
Laughter from the colorful field of the spirit;
Tears from the endless heaven of memories.

Tuesday, November 30, 2004

Tukar Kereta...

Semalam aku telefon lagi salesman yang jual kereta kat aku dulu and tanya bila aku akan dapat my car. Seperti biasa jawapannya amat mengecewakan. Asyik-asyik tak ada stock. He told me that there is a possibility kereta tu akan naik harga by another RM 5K. Op pun pernah kata dia dengar ura2 harga nak naik. Masa tu tak pasti..now dah dengar dari mulut salesman sendiri. Dahlah lambat naik harga pulak tu. Aku decided after that aku nak tukar kereta lain...dah tak larat nak tunggu lama. Perlu kereta sangat-sangat as i nak pindah rumah and my new house tu memang kena rely on car if nak pergi mana2. So, yesterday aku cancel the booking and booked kereta baru. Kereta apa? I booked kereta Kelisa Special Edition..warna Oozy Orange. Masih ada kat kilang lagi. Lagi 3 weeks boleh dapat. Sesia ajer tunggu tunggu 6 bln, akhirnya beli kereta lain.

Tadi aku pergi car dealer Kia untuk minta refund..sambil2 tu tanya kenapa lambat sangat Picanto ni. According to the staff, kereta tu kena recall sebab ada some problem. Ish ish macam-macam. Looks loke i have to settle down for Kelisa instead. Hari Khamis ni boleh ambik the refund..hopefully.

Sambil tunggu the salesman, sempatlah juga betul kasut dekat cobbler dekat luar showroom tu. Aku lihat dia membetulkan kasutku dengan teliti dan berpeluh2 kerana keterikan panas mentari. Timbul rasa simpati dan insaf dihati. Aku yang duduk sekejap disitu pun tak tahan dengan panas mentari itu. Tak dapat ku bayangkan dia yang berada di situ hingga petang. Lantas aku bertanya macamana business dia di situ. Jawapan ringkas.."Bolehlah nak buat belanja...tapi nak kaya tu taklah". Betapa aku patut bersyukur kerana aku tak perlu berpanas dan berhujan untuk mendapatkan rezeki jika dibandingkan dengan dia yang travel all the way from Jelatek mencari rezeki diluar deretan kedai sebagai tukang kasut. Ku lihat ramai juga org yang menghantar kasut untuk dibaiki oleh dia..mungkin satu hari perniagaannya akan berkembang maju..siapa tahu.

Friday, November 26, 2004

Pening...

A few weeks ago, aku asyik dok fikir Hmm 2 apa macamana nak decorate rumah aku...conceptnya and also arrangementnya. Buntu jadinya. Sekarang tak lagi sebab aku terjumpa magazine 'Home and Furnishing' yang ada tunjuk article on one apartment kat Damansara which lebih kurang macamHouse 3aku. So boleh tiru concept tu. Now nak cari kitchen cabinet punya contractor pulak and kalau boleh tak nak mahal-mahal. Budget untuk kitchen cabinet RM 2k sahaja. Tengah nak dapatkan quotation from them. Tadi aku terfikir pulak nak kena cat, nak kena beliLight Bulb 2and kipas untuk semua tempat and not to mention the electrical wiring and also nak buat grill.

Pening den...banyaknyer nak pakai Dollar Smiley nak masuk rumah baru ni and kereta pun tak ada nak pergi sana and pindahkan things bit by bit.    

Wednesday, November 24, 2004

Feeling Alone

You have people around you and yet u feel so alone. Pernah tak rasa macam tu? I bet if not selalu, kita pernah mengalami perasaan sedemikian. Itulah yang aku rasa semalam and the day before. Mungkin sebab aku not feeling well.  Feeling Blue Mana taknya malam sebelum tu dah muntahkan isi perut. Sebabnya tak tahulah samada caffeine atau makan lambat. Lepas vomitted Vomit Into The Toilet  asyiklah burp non-stop sampai rasa macam kena a mild asthma. Dahlah takleh tidur.Wake Up The next morning i.e. semalam, masih tak elok. Ingatkan nak pergi clinic yang dekat sini ajer tapi doktornya masih beraya. Aku pun dengan tak laratnya, tunggu  Cab Driver pergi clinic   kat tempat lain. Pastu ramai orang lak kat clinic tu. Tension betul..dahlah sorang. Balik dari clinic, had breakfast, makan Chill Pill , tidur sepanjang hari and rasa that i am all alone.    Sickly 

Monday, November 15, 2004

Hari Raya Pertama

Setelah 30 hari berpuasa, hari ini semua umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Tahun ni aku beraya bersama dua orang adikku kerana my parent went back to my father's hometown and will be back to Malacca on the second raya. I pulak will be working on the 4th raya. Tahun since my parents are not here so all the cooking buat kat rumah my grandfather. Pagi-pagi pergi masjid untuk solat raya then pergi visit kubur my late grandmother, her sisters and my great grandmother's.

Rasanya hari ni penat makan..puasa sebulan tapi makan on first of raya macam nak cover sebulan punya makan. As usual, pagi raya my families and i will visit nieghbours kat depan, belakang, kiri and kanan of my grandfather's house. After tunggu orang datang pulak or tidur....

Dia tidak membalas smsku dan tidak juga wish me Selamat Hari Raya. Last berbicara dengan dia pada hari Rabu lepas...itulah yang menyedihkan. Terlalu sibukkah dia sehingga terlupa akan diriku ini.

Thursday, November 11, 2004

Selamat Hari Raya

  

Kepada semua teman-teman blog, Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin diucapkan. Dah nak balik raya hari ni. Kepada yang  Cruisin ..drive carefully. Jumpa lepas raya. Bila Sleepy tu janganlah sampai lupa diri.  Smile 


Tuesday, November 09, 2004

Root Canal

Yesterday aku kata nak bagi info pasal root canal..ni dia


Note : Root Canal
Source : http://dentistry.about.com

Endodontics (Root Canal Therapy)

Is a procedure that enables patients to keep their natural teeth that would otherwise need to be extracted.

Tooth Clean 
First
Once a diagnosis has been made, the patient is given local anaesthetic to numb the tooth, thus making treatment very comfortable. A latex sheath called a Rubber Dam is then placed to isolate the tooth being treated, and maintain a clean working field. The dentist then proceeds to access the canals by making an opening and removing all tooth decay. (*Image A)  

Completing Root Canal
Then:
Next the dentist uses a series of calibrated precision hand held instruments called files or reamers to clean and shape the canals. X-rays are then taken throughout the procedure to ensure that the intruments go to the end of the root and not beyond. After the canals are cleaned, shaped and sterilized, they are ready to be filled with a rubbery material called Gutta Percha.
The material is injected into the canals and seals off the end of the root preventing any leakage. (*Image B) A temporary filling is placed into the opening, made to access the canals, and the patient is instructed to have this replaced with a permanent filling or a crown by his/her regular dentist.

Monday, November 08, 2004

My Kelisa

Pagi tadi salesman Perodua called aku kata kereta aku ada kat showroom..dah sampai. Apalagi my 2 engineers kat office aku yang berkobar- kobar mengajak aku pergi shaowroom during lunch our untuk tengok kereta Kelisaku. Car loan dari office minggu depan baru boleh approve sebab CEO pergi overseas visit. Kena telefon salesman and beritahu supaya lock kereta tu. Kalau tak ramailah yang test duduk.  

  
             
  

  

Akhir aku dapat kereta..tapi taklah secanggih kereta ND. Setelah tunggu Picanto yang sekian lama, Kelisa juga yang dapat. Kira okay juga ada sport rim and skirting.

   

Aktiviti 3 hari

Jumaat

Hari Jumaat hari tu, masa nak pergi Restoran Tupai2 tu..hujan punyalah lebat tak terkiranya. Aku dan officematesku dah berkira-kira nak buka puasa dalam kereta seandainya tak sempat nak sampai. Banyak tempat yang dinaiki air...biasalah KL ni, bila hujan lebat sikit mula banjir. Alhamdulillah, tak payah nak buka puasa dalam kereta..sempat tiba pada waktunya.

Untuk buffet RM 36.00, aku amat berpuas hati. Banyak choices and sedap pulak tu. Rugi siapa yang tak pergi hari tu. Lauk-lauk kebanyakan masakan kampung, kuih muih ( kuih cucur badak, keria, kuih lapis. also ada my ever so favourite, kuih bakar - kuih warna hijau and ada bijan ). Western pun ada juga.

Kiranya aku puas betullah makan malam tu..paling best, aku dapat makan sepahat atau lebih dikenali dengan pepahat. Kalau buka puasa kat rumah asyik makan nasi kerabu ajer. Nanti next year boleh pergi lagi.

Balik rumah terasa sakit gigi. Itulah masa tak sakit sangat, asyik bertangguh jumpa dentist. Sekarang sendiri juga yang susah.


Sabtu

Hari ini aku pergi jumpa doktor gigi. Kalau boleh tak nak extract mana-mana gigi..tapi doktor  tu kata tak boleh. Kena extract gigi lapis tu..kalau tak in long run, i will hilang tiga gigi. Alamak...daripada hilang tiga baik hilang satu. So..cabut satu gigi and the other teeth tu kena buat root canaling. Root canaling? Apa ke bendalah tu..first time aku dengar. Nanti aku pastekan information pasal root canal in next posting.
Aku mula-mula plan lepas jumpa doktor gigi , aku nak pergi PC fair cari Canon printer for my digital camera. Pastu change plan sebab kena bayar doktor gigi almost RM 800 for the whole treatment and medication. Aku pun terus ajer ke rumah makcikku di Pandan Jaya and overnight kat situ.


Ahad


Semalam makcikku buat berbuka puasa untuk..so event dari pagi sampai petang memasak ajelah. Walaupun penat tapi seronok buka puasa ramai-ramai.Mainmenu apa...nasi lemak kukus berserta bahan-bahannya, sambal sotong, sayur kangkung and rendang ayam. Pastu ada roti jala and kari ayam, epok-epok sayur ( siapa yang tak tahu, epok-epok sayur ni bentuk macam karipap but dalam dia ada inti sayur macam dalam popia and makan dengan kuah cili. ), ada bubur pulut hitam durian (terbayang pulut hitam durian...sedapnya).

Lepas buka puasa...baliklah rumah. Tak sabar nak balik kampung hari Rabu ni....


Friday, November 05, 2004

Buka Puasa

Hari ini nak buka puasa kat Tupai-Tupai. Mula-mula macam ramai officemate yang nak join...lastly tinggal 8 orang ajer yang nak pergi. Penatlah arrange benda2 camni. Tahun depan tak arrange lagi, biar orang lain pulak.

Thursday, November 04, 2004

Jangan Terlambat Datang

Ku pinjam kata-kata ini dari jurnalalam. Aku tak mahu sidia jadi begitu.

...tika waktu disita sibuk

...jangan sampai waktumu
disita kesibukan barulah kau
mencarinya untuk menyatakan
sayangmu kerna dia belum tentu
ada di situ lagi nanti
untuk mendengar pujuk rayumu...

...untukmu dengarkan ini
aku sayang padamu...

Wednesday, November 03, 2004

RINDU

Tiba-tiba aku jadi RINDU
RINDU teramat sangat padamu
Mungkin sebab kita jarang berbual
macam dulu...

Aku RINDU kau yang dulu
RINDU pada panggilan dan smsmu
kerana handphoneku tidak menerima
panggilan dan smsmu sekerap dulu

Aku RINDU ingin berjumpa
tapi entah bila...
kau jauh di sana dan aku menanti di sini

Aku takut nanti RINDU ku ini
akan diubati...
bukan olehmu tapi yang lain.




Dream A Little Dreams

Dreaming permits each and
every one of us to be quietly
and safely insane every night
of our lives.
William Dement

Semua orang ada dreams and these are some of my dreams :-

1. Have own business - bookcafe / crafts shop
2. Go for a 4WD Adventure
3. Attain Msc In Risk Management from Uni. of Nottingham/Southampton/Glassgow/City University
4. Learn French / Mandarin
5. Nak visit NZ or Holland
6. Nak buat umrah / haji

Thursday, October 28, 2004

Ambil Kunci

Semalam bila terjaga pagi, aku ambil keputusan nak gi ambik kunci rumah baru ku. So kau pun naik lrt pergi Kelana Jaya. Pastu aku naik teksi pergi tempat developer yang jauh di hujung subang...Bandar Pinggiran Subang (BPS). Driver teksi tu siap tanya "betul nak gi situ..jauh tau." Ish..ish takkan lah nak gi tempat lain kalau dah kata BPS. Aku dah budget dah tambang teksi dalam RM 40.00. Sampai ajer kat situ, aku siap suruh teksi tu tunggu sebab aku tak nampak batang hidung teksi pun lalu lalang kat situ.

Adalah dua tiga orang yg datang untuk ambil kunci..bezanya dengan aku, depa dah gi tengok rumah tu. Aku ni tengok showroom ajer pastu tak jengah-jengah. Tahu-tahu dah siap ajer. Siap tandatangan dokumen..kunci pun diserahkah pada aku. Yeehaaaaaaa...aku dengan rasminya dah ada rumah kat Bukit Jelutong.

Bila nak pindah? Itu pun satu hal juga...kereta Kia Picanto yang aku booked bulan 6, tak dapat-dapat. Rasanya dah fed-up tipon the salesman. Kalau takde kereta, patah kaki..camner nak gi kerja. So kiranya, kenalah tunggu dapat kereta baru pindah.

Nak tahu berapa aku kena bayar untuk teksi dari Kelana Jaya - BPs(siap tunggu lagi) - Damansara Heights...RM 26.00. Okaylah kot..pada aku. Baik teksi driver tak pakai 'toyol'..kalau tak meter dia sure lagu giler.



Tuesday, October 19, 2004

Sidia Dan Gadis Itu

Kelmarin sidia menelefonku. Ditengah-tengah perbualan kami dia memberitahu aku yang dia menghubungi gadis itu beberapa hari lalu. Pada mulanya aku tidaklah kisah sangat kerana tidak salah baginya menjalinkan persahabatan dengan gadis itu. Namun apabila sidia menyatakan yang gadis itu itu mengajaknya menemani dia pergi bercuti di China, aku terdiam. Aku bertanya apakah jawapan sidia. Jawapannya " tak tentu lagi..mungkin pergi". Jantungku berdegup dengan kuat. Mungkinkah sidia masih lagi mempunyai perasaan padanya. Dulu dia pernah menyatakannya pada gadis itu tetapi gadis itu ketika itu bersama orang lain. Kini dia sudah sendiri..gadis itu memberitahu sidia beberapa bulan lalu. Apa yang menyedihkan aku, beberapa kali kunjungan sidia kesini, dia tidak berjumpa denganku dengan memberikan alasan-alasannya. Kini dia seakan memberikan persetujuan kepada gadis itu atas ajakannya untuk bercuti bersama.

Mungkin gadis itu cinta pertama sidia dan tidak salah kiranya aku berfikiran sebegini. Jika benar tanggapan aku, aku rela mengundurkan diri. Aku tahu bukan mudah untuk melupakan cinta pertama apatah lagi apabila dia datang kembali setelah lama menghilang. Teringat aku pada kata-kata ini "meyayangi bukan bererti memiliki". Jika itu terjadi pada aku aku redha. Aku tidak mahu bersaing dengan gadis itu. Tidak adil bagi diriku dan juga dirinya, jika hatinya pada yang lain. Walau selautan manapun kasih sayang ini, aku rela melepaskan sidia, jika itu dapat membahagiakan dia. Tiada apa yang ku inginkan, hanya kebahagiaan dirinya walaupun bukan bersamaku.

Doakanlah kebahagiaanku...


My First Love - Tazita

I never thought I'd ever learn to Love,
the way simple lovers do.
I always believed it was impossible.
Yet I found myself so in love with you.
Now I know exactly what love truly is
and you are my reason why;
You convinced me to let you in my soul . . .
And you promised you would never lie.
I have learned to cherish and trust you,
In a way I never had before.
And if anything were ever to happen,
My Love,
I think I would only love you more.
I fought my feelings along the way,
but in the end it remains still true -
I have finally found My love in life.
(Just like you always knew. )
If you told me once, you told me twice,
Just how beautiful love could be.
Yet I never realized until now,
that you were speaking of you and me.
You have brought me such happiness,
it takes all my sadness away.
And with my endless loyalty
I will so lovingly repay.
You are my love in life.
This I will never forget.
You are the Love of my Life,
This I knew from the moment we met

Friday, October 08, 2004

Aku ada rumah

Mid pleasures and palaces though we may roam,
Be it ever so humble, there's no place like home
.
John Howard Payne (1791 - 1852)

Masa balik dari kerja semalam aku terfikir tentang kereta Picanto yang telah aku booked since June. Kira-kiranya dah masuk 4 bulan, masih lagi tak dapat. Aku sering dihujani pertanyaan "bila kereta nak dapat?" Dah tak larat nak jawab, fed up pun ada. Pastu terfikir pasal rumah pulak..3 bulan lepas dapat juga from the developer informing that rumah tu dah 85% completion. Then tak ada berita...masa aku aku berharap janganlah rumahku tergolong dalam categori rumah terbengkalai...haru dibuatnya. Tak nak jadi mengalami nasib seperti kawan and sepupuku yang masih menanti dan mengharapkan rumah yang dibeli beberapa tahun lalu dapat diduduki.

Sampai rumah ada surat from developer...Delivery Of Vacant Possession. Alhamdulillah...aku dah ada harta. Ternampak jumlah yang aku kena bayar RM****, mak aii..banyaknya. Mulalah kepala aku memikir mana nak cari balance from apa yang aku ada untuk bayar that stakeholder sum. Then to my relief, bila aku baca balik, i don't have to pay for that. Itulah suka sangat sampai tersilap baca. Tak sabar nak ambil kunci.

Sekarang fikir nak decorate camner pulak. Nak mula beli majalah about hiasan rumah pulak. Apapun, nak ajak my engineers pergi and do a thorough checking...

**tinggal lagi 2 hari nak ke Bali**

Monday, October 04, 2004

Tak Sempat Update

Hari tu ingat nak cerita pasal Melaka trip tapi tak sempat pun. Dah lama juga tak update..banyak sangat kerja. Mana taknya 4 hari the whole department kena gi training untuk Balance Scorecard. Bila dah balik ofis tu, banyaklah kena buat. Furthermore, this Saturday nak pergi Bali, jadi have to settle kerja-kerja yang patut. Bila ingat-ingat pasal Bali Bombing..risau jugak. Moga selamat pergi dan balik. Waktu lunch pun dah nak habis..so setakat in for today. Nanti kalau ada kelapangan post lagi.

Friday, September 24, 2004

Tentang Seseorang

Tentang Seseorang

Teruntukmu dihatiku
ku inginku bersuara
merangkai semua tanya imaji yg terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu mengangguku
seseorang itukah dirimu kasih
kepada yang tercinta inginnya ku mengeluh
semua resah didiri mencari jawab pasti
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku
cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah kan mencintai...


Dah lama aku tak dengar lagu ni..rupanya aku ada burn lagu ni kat cd. Tiba-tiba teringat pada someone yang pernah memberikan lagu ini kepada aku.

Tuesday, September 21, 2004

Tiada Tajuk

Actually nak cerita pasal malacca trip tapi takde masa nak tulis so aku post this email that Awin forward to me. I will story morry morning glory about Malacca later.


Assalamualaikum wr wb.kadang-kadang ...bilamana kita dilanda pelbagai
ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih...dan pelbagai
persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan:
"Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu;Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika
kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-
orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya
kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang
agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari
kita terubat dengan janji-janji Allah..........sesungguhnya kepada
kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan.....
kerana ialah penawar.....penawar untuk kita.........marilah kita
kembali kepada Al-Quran.....kembali mengamalkan ajaran yang
terkandung sepenuhnya........semoga Allah memberkati sahabat-sahabat
di sana....


wassalam.....


Syukran Jazilan ..

Friday, September 17, 2004

malacca

i am off to Malacca this morning for the Staff Outing...boleh balik rumah mak sekejap. :)

Wednesday, September 15, 2004

Gmail Invitation

Today aku dapat email invitation create account kat Gmail....1000MB free storage. Seronoknya....tak payah nak risau nak kena delete email.

The email goes like this..


I've been using Gmail and thought you might like to try it out. Here's
an invitation to create an account.

-----------------------------------------------------------------------

A*** R**** has invited you to open a free Gmail account. The invitation
will expire in three weeks and can only be used to set up one account.

To accept this invitation and register for your account, visit
http://gmail.google.com/gmail************

Once you create your account, A*** R**** will be notified with
your new @gmail.com address so you can stay in touch with Gmail!

If you haven't already heard about Gmail, it's a new search-based
webmail
service that offers:

- 1,000 megabytes (one gigabyte) of free storage
- Built-in Google search that instantly finds any message you want
- Automatic arrangement of messages and related replies into
"conversations"
- Text ads and related pages that are relevant to the content of your
messages

Gmail is still in an early stage of development. If you set up an
account, you'll be able to keep it even after we make Gmail more
widely available and as one of the system's early testers, you will
be helping us improve the service through your feedback. We might ask
for your comments and suggestions periodically and we appreciate your
help in making Gmail even better.

Thanks,

The Gmail Team

Tuesday, September 14, 2004

More Than Words - Extreme

My favourite song of all time...




>Saying I love you

Is not the words I want to hear from you

It's not that I want you

Not to say, but if you only knew

How easy it would be to show me how you feel

More than words is all you have to do to make it real

Then you wouldn't have to say that you love me

Cos I'd already know


What would you do if my heart was torn in two

More than words to show you feel

That your love for me is real

What would you say if I took those words away

Then you couldn't make things new

Just by saying I love you


More than words


Now I've tried to talk to you and make you understand

All you have to do is close your eyes

And just reach out your hands and touch me

Hold me close don't ever let me go

More than words is all I ever needed you to show

Then you wouldn't have to say that you love me

Cos I'd already know


What would you do if my heart was torn in two

More than words to show you feel

That your love for me is real

What would you say if I took those words away

Then you couldn't make things new

Just by saying I love you


More than words



Thursday, September 09, 2004

Terima Kasih Sayang


"Kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan
orang yang sempurna tetapi setelah kita belajar
menerima segala yang ada pada diri dia."

Mutiara kata diblog Eisya mengingatkan aku pada perbualan telefon antara aku dan dia tempohari. Dia memulakan bicara dengan satu soalan yang menyebabkan aku hilang kata-kata untuk seketika.

"What if i don't love you anymore".

Tak tahu apa yang kurasa masa itu, betul ke apa yang kudengar? Setelah bersoaljawab, akhir aku dapat mengerti kenapa soalan itu diajukan. Dia tidak mahu aku rasa menyesal di kemudian hari kerana memilihnya. Tidak mahu aku bergelar j**** pada awal perkahwinan kami. Aduh..terlalu jauh dia berfikir. Bukan aku tak pernah berfikir tentang itu, pernah tapi aku sudah mengambil keputusan untuk bersama dia.

Walaupun ianya seketika cuma, aku sudah bersyukur disayangi dia dan aku berharap aku dapat membahagiakan dia. Dia kata aku tak faham situasi dia yang sebenarnya. Memang aku tidak tahu sejauhmana seriusnya kerana dia tidak mahu bercerita. Tak mahu aku risau katanya dulu dan aku tidak mahu mendesak. Aku sudah menerima dia dengan seadanya. Jika tidak, aku sudah pun menarik diri bila mengetahui keadaan dia.

Sayangku mengatasi segalanya. Aku ingin berada disisinya mengharungi segala apa pun. Cuma aku rasa sedih bila dia kata dia tidak mahu aku menyesal..seolah-olah mempertikaikan penerimaanku dan membiarkan persoalan itu bermain difikirannya sebegitu lama.



"Kan senang kalau i kata i don't love you anymore, but i couldn't".

Tika itu aku rasa hidup macam novel² yang pernah kubaca. Hero/heroin dalam novel menyatakan atau melakukan sesuatu untuk membolehkan pasangannya meneruskan hidup tanpa kehadiran dia semata kerana tak mahu pasangannya merasa sedih bila dia 'pergi' nanti.

Kini baru aku faham kenapa dia belum bersedia..ini adalah satu daripada sebabnya. Jika inilah perjalanan hidup yang sudah tertulis di Luth Mahfuz sana, aku redha.



P/S
Terima kasih Sayang. Kini diri ini lebih memahami.


If You're Not The One - Daniel Bedingfield

If you’re not the one
Then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one
Then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine
Then why does your heart return my call
If you are not mine
Would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away
But I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms






Mask-Querade


The closing years of life are like the
end of a masquerade party when the
masks are dropped.

Arthur Schopenhauer (1788 - 1860)

In two weeks or so, company aku akan buat Staff Motivational Outing cum Family Day cum Annual Dinner. Bulan September ni banyak things yang kena attend, mungkin sebab bulan depan nak puasa so everything being squeezed in this month.

  • 15-16th September : In-house Training
  • 15th September (Evening ) : Annual Cocktail
  • 15-16th September : Staff Motivational Outing cum Family Day cum Annual Dinner
  • 22-24th September : Team Building Programme In Langkawi ( sadly, i couldn't go because of the ROOTS..hate it )
  • 24th, 27-30th : ROOTS Consulting





    Berbalik pasal dinner tu..semua staff diberikan eye mask each and kena decorate using your own creativity. So, sekarang ni tengah fikir camner nak buat. Rasa nak buat ala-ala

    yang ini atau yang ini. Aku pun tak tahu whether is any prixw for yang eye mask paling cantik. Tak kisah ada hadiah or not..paling utama nak menang lucky draw. Doakan ya..
  • Friday, September 03, 2004

    Anwar Ibrahim set free



    I was told from my Investment staff that the market share is going up because Anwar is free. My cousin, who is a reporter, confirmed the news few minutes later.


    Source BBC News

    Anwar Ibrahim was sacked six years ago
    The jailed former Deputy Prime Minister of Malaysia, Anwar Ibrahim, will be set free, after the country's highest court overturned his sodomy conviction.
    The decision came six years to the day after his dramatic sacking by Malaysia's then Prime Minister, Dr Mahathir Mohammed.

    He was imprisoned in 1999 and had lost earlier appeal against his conviction.

    He is now expected to travel to Germany to receive treatment for a back injury he says he suffered when arrested.


    The country's former police chief was responsible for a beating he received when first arrested in September 1998, Anwar says.

    "He is free to go, there is no doubt it," said his lawyer Pawancheek Marican when the verdict was announced.

    He is expected to leave custody later on Thursday.


    Anwar was jailed in 1999 for corruption after a trial widely seen as politically motivated. It followed his disagreement with Mahathir Mohammad over how to run the country's economy.

    In 2000, he received a further nine years for sodomy.

    Anwar had already failed to reverse the first of those convictions.

    Thursday's appeal to Malaysia's Federal Court - the country's highest - was the last legal opening for the former minister.

    The court was reviewing an earlier rejection of Anwar's appeal - but decided to quash the original conviction by a vote of 2-1.

    "We allow the sentence and conviction to be set aside. We find the High Court misdirected itself. He should have been acquitted," said Judge Abdul Hamid Mohamad, head of a three-judge panel.

    The BBC's Jonathan Kent in Kuala Lumpur says Anwar's continued imprisonment had posed problems for the government of current Prime Minister Abdullah Badawi.

    Although his star has waned since the days when thousands marched in protest at his treatment, many in Malaysia and abroad still regarded him as a political prisoner.




    Wednesday, September 01, 2004



    Laziness is nothing more
    than the habit of resting
    before you get tired.
    Jules Renard (1864 - 1910)



    Bangun pagi tadi rasa arghhhhhhh malasnyer nak gi kerja...rasa nak lepak kat rumah and baring2 sambil meluruskan tulang belakang. Aku gah kan juga pergi ke office and buang rasa malas ni. Aku pun tak tahu apa aku buat kat office..tak banyak sangat kerja. Terasa macam nak makan Cream Cheese Stuffed Crust Pizza dari Pizza Hut. Dah few days rasa camtu..macam craving pulak. hihihi

    Monday, August 30, 2004

    Lelaki..Laksa...

    "For all their strength,
    men were sometimes like little children."

    Lawana Blackwell,
    The Dowry of Miss Lydia Clark, 1999



    Aku dalam buah delima sekarang ni. Hati pada yang jauh, yang dekat pula meminta kasih. Aku tak tahu apa kesudahan aku dengan sidia . Aku faham kalau dia ingin mengurangkan panggilan telefon tapi yang aku tak faham smsku pun jarang berbalas sekarang ni. Kunyatakan pada hati yang berkemungkinan dia sibuk dengan tugasnya. Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Yang kat sini lain hal pulak...nak buat aku jadi his special someone and selalu kata rindu tapi sejauhmana betulnya aku pun tak tahu. Kadang² rasa salah sebab still keep in touch dengan disini..tapi pada aku tak salah berkawan. Aku tak pernah memberi apa² harapan pada dia. Lelaki ni memang susah nak faham..well, walaupun tak semua, masa nak approach a girl/lady will try his best to swept her feet away. Bila dah dapat tu tak reti nak appreciate plak. Aku dah malas nak fikir pasal benda ni semua...bukan aku benci pada lelaki cuma aku dah penat menjaga hati mereka. Now, it their turn to do so, aku nak switch the situation. .aku nak jadi macam dia orang pulak. Manalah tahu dia akan lebih menghargai macam dia




    If more of us valued food and
    cheer and song above hoarded
    gold, it would be a merrier world.

    J. R. R. Tolkien (1892 - 1973)

    Ubah topik..kita cite pasal makan plak. Hari Sabtu hari tu aku pergi Driving School kekonon nak ambil kelas memandu. Sebelum dapat kereta ni..kenalah belajar balik. Mana taknya dah ada lesen since 1997 tapi tak bawak kereta. Pastu aku pun pergi BK, rumah my friend. Memula ingat nak pergi kejap ajer tapi ended up overnight kat situ. Seronok juga dapat jumpa her children. Dapat tengok Olympic and cebisan AF kat Astro..maklumlah rumah aku takde Astro. Malas nak pasang kat rumah sewa, tunggu my house siap. Esok tu, her aunt datang memeriahkan suasana and masak laksa Kelantan. It was delicious. Aku pun mengambil kesempatan belajar buat laksa Kelantan. Rebus ikan, ceraikan dari tulang dan ramas supaya ia hancur. Then masukkan dalam santan bersama bawang merah yang ditumbuk, lengkuas and a bit of lada hitam. For the garnish, hiris bunga kantan, kacang panjang, timun, daun kesum, kacang botol, taugeh, and sambal

    So esok, sempena Hari Kemerdekaan, aku nak masak Laksa Kelantan. Salam Kemerdekaan untuk semua





    Saturday, August 28, 2004

    Lagu Warisan

    Lagi 4 hari negara akan menyambut kemerdekaannya yang 47 tahun. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepda semua. Aku tiba-tiba teringat kepada Lagu Warisan. Tak tahu samada generasi sekarang mengetahui lagu ini atau tidak.



    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa, sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah perbadi dah hilang

    Kini kita cuma tinggal kuasa
    Yang akan menentukan bangsa
    Bersatulah hati bersama berbakti
    Pulih kembali harga diri

    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan maha perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayukan gagah di Nusantara

    Thursday, August 26, 2004

    Cintai Aku – Sofaz

    Andai angin mampu kirimkan
    Pesan untuk mu
    Yang telah ku ucapkan

    Cintai aku
    Dan bukan yang lain
    Tak ada lagi yang ku inginkan
    Selain hanya diri mu

    Andai bintang mampu sinari
    Hati dan tubuhku
    Agar terlihat mu

    Miliki aku
    Dan bukan yang lain
    Tak ada lagi yang ku inginkan
    Selain hanya diri mu

    Kaulah pilihan
    Jadilah seperti yang aku mahu
    Kaulah pilihan
    Selalu bersamaku siang dan malam

    Ku rasa benar
    Kau lah pilihan dari segala arah
    Ku rasa benar
    Saat bersama mu, bersamamu……


    Dapat this dari sini

    Wednesday, August 25, 2004

    Bila Lagi?

    A good marriage is one
    which allows for change
    and growth in the individuals
    and in the way they express their love
    .>
    Pearl Buck (1892 - 1973)



    Hari Sabtu lepas aku berjalan² kat area jalan TAR cari tudung sebab nak pakai malam tu. Ada kenduri kahwin kat PWTC. Lepas cari tudung and beli kain ela sepasang dua, aku pun menuju ke Sogo. Sedang aku menunggu housemateku yang ntah kat mana, aku terserempak dengan kawan masa kat universiti dulu. Lama juga tak berjumpa..serasa kau adalah dalam 6 or 7 tahun. Dia pun seperti aku juga..masih belum berdua. Aku tertawa bila berkata "agaknya batch kita semua kena sumpah kot. Ramai juga yang belum kahwin lagi" Tidakku tahu pulak ramai di antara kawanku yang masih single. Selepas bertukar no telefon, aku pun beredar dari situ.

    Malam tu aku pun pergi wedding dengan my parents, aunties, uncles also my cousins. The food is quite okay. Jumpa ramai juga relatives and orang kampung. I still prefer the traditional wedding arrangement. Semua orang bergotong-royong memasak. Mungkin sudah terbiasa kot sebab my aunties and especially atuk memang masak untuk orang kahwin. Suka tengok atuk masak..konon² nak belajar. Sampai atuk punya helper kata aku ajer cucu dia yang suka tolong and tengok dia masak. Nanti boleh ganti atuk pulak katanya. Mak aii...aku taklah sampai ke tahap tu...banyak kena tahu tu and kena sedap pulak.

    The next day, aku and my aunties duduk berbual. Topiknya..apalagi bab kahwin and tiba² my mak usu cakap.."kat kampung tu ada sorang tu baru aje bercerai dengan wife dia..tapi dia gemuk sikit.." Dalam hati aku kata..alamak dah mula dah. Desperate sangat ke aku ni. Aku pun mencelah "kena Busu nak recommend ke? Tak apalah...my jodoh dah tertulis kat atas sana...tak payah nak fikir² sangat."

    Bukannya aku tak terasa melihat semua kawan²ku sudah punyai keluarga sendiri. Aku cuma berdoa moga satu hari aku juga akan ada keluarga sendiri. Aku tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan dan kalau boleh biarlah dia pilihan hatiku. Kadang rasa takut juga hendak berdua sebab tak semestinya ianya akan indah. Banyak sudah ku lihat dan ku dengar tapi hidup mana yang tak dilanda badai. Itu jugalah yang kukatakan pada Awin semalam bila dia ter'carried away' dengan cerita Bukan Puteri Lindungan Bulan.

    Hanya doa kupanjatkan padaNya agar satu hari aku pun akan bahagia.

    Thursday, August 19, 2004

    Email from a friend



    Semalam i got this email...very nice indeed.

    Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagin dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan diseliputi kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuahkan keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil kehilangan ibu ditengah keramaian.

    Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya,hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tak dapat dipisahkan. Sebuah fitrah pula bahwa setiap wanita ingin menjadi suri yang baik dan ibu yang baik berbanding menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang sholeh dan sholehah, Insyaallah.

    Duhai...
    Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apa lagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya. Allah Subhanahu wa Ta'ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusukan hingga keta'atan dalam memenuhi hak-hak suaminya laksana medan jihad fii sabilillah. Kerananya, yakinkah batin itu tiada goresan saat melihat pernikahan wanita lain di bawah usianya? Pernahkah kita melihatkan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia bertemu kekasih hati? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain mengandung dan melahirkan? Atau, tidakkah kita melihat kilas pandangan sedih dimatanya ketika melihat aqiqah anak kita?

    Letih...
    Sungguh amat letih jiwa dan raga. Bersendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah belahan jiwa yang menunggu di sana.

    Duhai teman....
    Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya, insya Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sendirian di dunia yang fana ini. Mungkin sang bidadara pun tak sabar untuk bersua dan telah menunggu di pintu syurga, berkereta indah untuk membawamu ke istananya.

    Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa berpanjangan curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, mestipun engkau tidak menyedarinya.

    Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung hasil memikirkan siapakah pasangan jiwamu. Menangislah kerana air mata memohon pada-Nya di setiap sujudmu di keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersedia menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas
    bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.

    Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh bersatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.

    Sabarlah sahabat...
    Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut bulan yang dipagar bintang gemerlapan. Kicauan hening burung malam sering riang bercanda dalam kegelapan. Senyumlah, laksana senyum persona embun pagi yang selalu setia menyapa.

    Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan temui rahsia di balik titian kehidupan yang telah dilalui. Hingga, kelak akan hilang riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

    Semoga.

    WaLlahua'lam bi shawab.

    *MERENGKUH CINTA DALAM BUAIAN PENA*
    Al-Hubb FiLlah wa LiLlah,


    Hapuslah Air Mata di Pipi, Hilangkan Lara di Hati Author: Abu Aufa*
    (* Penulis buku Diari Kehidupan 2, telah diterbitkan oleh PT Syaamil Cipta Media, 2004

    Tuesday, August 17, 2004

    Bookcrossing.Com



    Thanks to Kak Wynn, i found came across a website untuk booklovers called Bookcrossing. It's a global book club where the books travel across the world and it's free. I registered myself to the club and hope to release a book and catch one.


    This is how it works :-

    The "3 Rs" of BookCrossing...

    1. Read a good book (you already know how to do that)

    2.Register it here (along with your journal comments), get a unique BCID (BookCrossing ID number), and label the book

    3.Release it for someone else to read (give it to a friend, leave it on a park bench, donate it to charity, "forget" it in a coffee shop, etc.), and get notified by email each time someone comes here and records journal entries for that book. And if you make Release Notes on the book, others can Go Hunting for it and try to find it!

    Want to know know more..visit Bookcrossing. Well, booklovers, why wait..let's join the club.

    Monday, August 16, 2004

    Sakit Tekak


    I haven't fully recovered from sore throat. Ada lagi saki-baki..rasa like you have something stuck kat throat tu..tak sukanya. Nak cakap macamana sore throat, cough and runny nose tu memang the thing yang selalu kena. Kalau check kat semua doktor yang i lawati, semuanya adalah kerana "3 beradik" tu. Kena minum air madu tonite...moga akan cepat sembuh.



    Friday, August 13, 2004

    Harapan

    Ning Baizura (Is / Lukhman S)

    Dugaanku

    Jiwa ku yang suram
    Malam yang panjang ini
    Aku bersendirian
    Merenung kehidupan
    Memikir kesudahan
    Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

    Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
    Itulah yang ada sementara aku
    Hidup di dunia ini
    Inikah dugaanku inikah kesempatan
    Haruskah ku terus atau membiarkan
    Ianya berlalu

    Dekat di depan mata berat meluah kata
    Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
    Apakah kita nanti tiada dapat serasi
    Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

    Kesempatan yang datang tiada ketentuan
    Mampukah ku memandang di kejauhan
    Tak kesampaian
    Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
    Entahkan ku sempat ataupun tidak
    Untuk bersama mu


    ÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷


    Paranoiakah aku kerana merasakan yang kau tidak lagi seperti dulu? Smsku sudah jarang berbalas dan soalanmu semalam agak memeranjatkanku. Tidak pekakah dia pada perasaan seseorang perempuan dianggap istimewa? Aku mulai bertanya siapa aku dalam hatimu. Apakah kesudahan ceritaku, aku tidak tahu. Aku tidak mahu lagi mengharap sesuatu yang aku sendiri sudah tidak pasti pengakhirannya. Aku tidak lagi mahu memikirkannya lagi. Hati ini kalau boleh tidak mahu menangis lagi. Tidak mahu lagi menitiskan airmata. Sebaiknya, aku hanya berserah padaNya dan berdoa agar akan datang bahagia. Moga aku diberikan ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi apa juga dugaanNya. Bukan hati tidak lagi cinta atau hilang sudah kasih sayang. Dek cinta dan sayang itulah, aku harus memberikan ruang buat dirimu. Mungkin kelak kita akan lebih memahami dan menghargai.



    P/S : Terima kasih Ila...kerana kisah dan kata²mu menjadikan aku lebih kuat dan tabah dari sebelumnya.

    Thursday, August 05, 2004

    Aku, Ombak Dan Sungai



    Setiap kali aku merasa sedih aku ingin bersendiri di tepi pantai atau sungai. Acapkali ku impikan sebegitu tetapi dimana di KL ini hendakku ku cari pantai dan sungai. Kalau adapun bukan seperti yang aku impikan. Mungkin aku sudah terbiasa kerana rumahku dekat dengan pantai. Begitu juga setiap kali berkunjung ke rumah opahku, aku tidak melepaskan peluang pergi ke sungai. Masih ku ingat, aku tidak akan lupa mencari kulit sinting atau siput di pantai dan menangkap anak-anak ikan di aliran sungai. Indahnya masa itu. Kalau ianya boleh diulang, aku pasti akan berbuat begitu. Ombak dan aliran air sungai itu boleh memberi aku ketenangan ketika lara.

    Itulah yang ingin kulakukan ketika ini..mencari ketenangan diri. Aku ingin duduk di atas batu sambil memerhatikan aliran air dan melepaskan segala keresahan hatiku. Aku ingin sekali memerhati langit petang dan matahari terbenam di tepi pantai sambil bersyukur atas rahmatNya. Aku ingin hanya duduk menikmati keindahan alam tanpa perlu memikirkan apa-apa. Aku ingin menjadi kanak-kanak itu semula. Berlari di tepi pantai dengan hati yang girang. Menggocak aliran air sungai. Menghanyutkan daun-daun yang ku anggap seperti sampan. Aku hanya ingin itu agar diriku tidak lagi resah





    Love Quotes

    "True love cannot be found where it does not exist,
    nor can it be denied where it does."
    --Anonymous

    "In the arithmetic of love,
    one plus one equals everything,
    and two minusone equals nothing."
    --Source Unknown

    "True love can blind you,
    but at the same time,
    if you let it... it can also open your eyes."
    --submitted by Jasmine

    "You attract people by the qualities you display.
    You keep them by thequalities you possess."
    --Source Unknown

    "Dont let your past dictate who you are,
    but let it be part of who you will become."
    -Submitted by Maria

    "Got a picture of you I carry in my heart,
    close my eyes and see it when the world gets dark."
    -Lonestar






    Tuesday, August 03, 2004

    Tiada tajuk 3

    Hari ini

  • kena sore throat
  • paid all my bills
  • hantar Training Evaluation Form
  • had lunch kat Tupai² ( recommended to semua )
  • continue with my office work ( like a never ending story )
  • continue reading Message In The Bottle
  • Monday, August 02, 2004

    Rindu Pada Semua


    Malaysia is still the best...itulah yang dapat aku katakan. Aku rasa ramai yang sependapat denganku. Walaupun pun negara lain lebih maju dan canggih, Malaysia still has that 'unique personality'. Aku rasa bangga juga bila a few Singaporean yang ku jumpa menyatakan betapa mereka menyukai KL and Malaysia as a whole. Malah sidia pun pernah menyatakan sedemikian. Masa itu aku tidak merasakan keistimewaan Malaysia namun pabila di sana, aku mula merasakannya dan merindui tanahairku.

    Rindu juga aku pada kalian sebab tak dapat membaca blog² yang kusenaraikan di webpage ini. Rindu juga aku pada keluarga dan juga pada sidia. Sepanjang diriku disana , kami tidak berkesempatan untuk bertemu kerana kesibukannya. Lantaran itu dan ditambah dengan lain² faktor, aku jadi marah. Aku jarang marah, seingatku belum pernah aku marah sehingga tidak mengendahkan panggilan sidia. Kalau tak silap ada 8 kali dia menelefonku semalam tapi semuanya tidak kuhiraukan. Bukan aku tidak memahami tetapi haruskah aku seorang sahaja yang patut faham.Salahkah aku berbuat begitu? Tidak merasainya ketika itu..kini aku diulit penyesalan kerana tidak menjawap panggilannya. Teringatku pada satu English phrase "we usually hurt the one we love the most". Akukah itu? Aku tahu sidia seorang yang akan cuba menyelesaikan apa² masalah kami pada masa itu juga. Bukan aku tidak mahu menyelesaikannya cuma tidak mahu kemarahanan ku akan memburukkan keadaan. Telah kunyatakan kepada sidia tentang itu dan moga sidia akan faham.

    P/S
    Maaf jika dirimu terluka dengan sikapku. Bukan ingin melukai. Juga congrats..dirimu tahu kenapa.

    Sunday, August 01, 2004

    Tiada tajuk 3

    Hari ini

  • kena sore throat
  • paid all my bills
  • hantar Training Evaluation Form
  • had lunch kat Tupai² ( recommended to semua )
  • continue with my office work ( like a never ending story )
  • continue reading Message In The Bottle
  • Friday, July 16, 2004

    Aku Tak Biasa - Alda

    Mungkin diriku harus pergi
    Selamanya darimu
    Atau ku harus mengakhiri
    Cinta ini kepadamu

    ( 1 )
    Kini cintaku telah kau bagi
    Tak sanggup ku hadapi semua ini

    ( korus )
    Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
    Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
    Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
    Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
    Aku tak biasa, aku tak biasa

    Ku cuba untuk terus berlalu
    Dari hatimu namun tak bisa
    Bayangan itu sering mengganggu
    Dari tidurku, ku menangis

    ( ulang 1 )

    ( ulang korus )

    Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
    Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
    Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
    Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu

    ( ulang korus )

    Aku tak biasa


    Perlukah kasih sayang itu diuji? Jika perlu, bagaimana caranya?

    Thursday, July 15, 2004

    Me..Chocolate?

    cho
    You're chocolate. You're the old soul type, people
    feel that they have known you their entire
    life. Many often open up to you for they view
    you as thoughtful and trustworthy. Although
    people trust you, you have a hard time trusting
    them. You prefer to keep your feelings bottled
    up inside, or display them very quietly. It is
    alright to open up every once in a while.


    Which kind of candy are you?
    brought to you by Quizilla

    Wednesday, July 14, 2004

    Bad Service



    In my previous entry, i grumbled about the hassles i have to go through when applying for my passport. Today, again i am pissed off with the Immigration Department service. I went there this morning to collect my passport. I asked Mr. A as he is the one handled my case and the one officer there told me that Mr. A is on MC. He can't handle it on his behalf, therefore i have to come back tomorrow and make the payment as the file is with Mr. A. The passport can only be collected 3 days after the payment has been made. It was a waste of effort to go there and gained nothing except a tiring legs as i have to walk from the KTM Commuter to Wilayah Complex. A question popped out of my my ..."can't somebody handle it on his behalf?"





    About an hour after i reached my office, Mr. A called and asked me if i can come over as he will be in the office half day. I told him that i could not make it today as i already went there this morning and for me to go there again from Damansara by public transport...won't do it. I got reports to be submitted by end of the day. I told him that i will see him tomorrow and want to know what he told me? He is on MC tomorrow. OMG!! That means i have to made payment on Friday...hope that he will be around and get my passport on Tuesday the week after. The passport has to be in my hand by Tuesday or latest by Saturday..if not it means trouble because need to catch a flight to Singapore on Sunday.

    Tuesday, July 13, 2004

    Korean BBQ

    Semalam aku dinner dekat Seoul BBQ and Steamboat All You Can Eat Buffet dekat Plaza Pantai.






    It's been quite a while juga aku tak ke sana. Aku prefer pergi ke situ daripada Restoran Nelayan sekarang ni. Buffer dinner will cost you RM 28++. The food is quite okay tho is not as good as Coca.

    Among yang boleh dipilih untuk dijadikan steamboat or di'grill' ialah udang, ketam, lala, ikan, ayam, daging. Yong tau foo, salad ( western and korean ), rojak, ABC, bubur pun ada. Macam iklan Astro "macam-macam ada."

    Monday, July 12, 2004

    My Blogging Degree

    I got this..



    The University of Blogging

    Presents to
    walkthrulife

    An Honorary
    Bachelor of
    Non Sequiturs

    Majoring in
    Community Promotion
    Signed
    Dr. GoQuiz.com
    ®

    Username:


    Blogging Degree
    From Go-Quiz.com

    Saturday, July 10, 2004

    SMS Bills

    I got my Maxis bill 2 hari lepas..seperti yang dijangka Local 'sms'ku mencecah ratusan angka.








    Tadi dah pergi Maxis Service Center bertanya tentang sms bill..alhamdullillah, the lady kata she will waive RM 30.00 from the bill. Kira okay juga daripada tak waive langsung.

    Banyak nak cerita but tak boleh sebab update kat office and i got tons of work right now.

    Tuesday, July 06, 2004

    PC ku diserang..

    Dah seminggu lebih 'pc'ku diserang worms. Tak ingat nama yang satu tu..cuma ingat Trojan ajer. Cuba clean tak boleh sebab trial version antivirus dah tamat tempoh. Adusss..rasa mahu menjerit. Cuba scan dengan Symantec NAV Corp. Edition pun tak boleh. Then aku try download antivirus from Download.com sebab nak konon² nak remove worms tu at that instance. .tak pasal² ada Trojan pulak. Kesian sungguh 'pc'ku itu. So pergilah beli Norton Anti Virus 2004 and the sad part tak boleh nak install pulak. Kena buang version yang lama dulu. So i try uninstalled Symantec NAV Corp. Edition, half way 'pc' tiba² 'hang' terpaksalah aku meng'reset'kannya. Bila nak remove the Symantec again, it was not in the add and remove list. Aku pun cubalah install NAV 2004 semula but it still failed and the same message appeared, suruh uninstall the old version. Puas cari kat semua directory but tak ada pun file² tu. Sekarang rasa nak reinstall Symantec NAV Corp. Edition and uninstall again supaya all files tu is being uninstalled. Hope this time it works, kalau tak kenalah hantar kedai. So, for time being kena update from office.

    Saturday, July 03, 2004

    Kurma oh Kurma



    Semalam my friend, Fairus @ Firose Huzenne, kat Bahrain email gambar buah kurma yang sedang sarat berbuah.




    Sedapnya..dia kata kurma yang belum begitu masak rasa macam buah ciku.



    Kalau yang masak tu rasanya terlalu manis...kena tunggu hujung bulan ni baru masak.



    Ni gambar pokok kurma depan flat dia yang our company rent untuk dia.



    According to her juga, pokok kurma ni ada sepanjang jalan..kalau nak makan ambil ajer.

    Friday, July 02, 2004

    Adakah Dia Juga...

    Ku pinjam kata² Unsunghero untuk diletakkan disini kerana inilah yang aku rasakan disaat ini. Adakah dia merinduiku sebagaimana aku rindu. Ingin aku lakukan seperti apa yang Zuril buat, menyepi diri untuk seketika agar kami berdua lebih menghargai diri masing-masing. Aku tidak mampu..sungguh. Mungkin disuatu hari..siapa tahu.

    ...ingin sekali aku tahu
    tentang perasaanmu terhadapku
    sewaktu kita berjauhan
    aku sebenarnya bimbang kalau
    hanya aku yang merasainya...

    ..kaulah yang sering
    menghadirkan resah
    membuatku gelisah
    menyepikan waktu-waktuku...

    ...maka terimalah rindu ini
    rindu ini buatmu yang sering
    menghadirkan resah kepadaku



    P/S : Kalau dapat kulagukan rindu ini, pasti telah kudendangkan padamu.

    Thursday, July 01, 2004

    Kaulah Segalanya

    Jam 2.05pm

    Lagu ini mengingat aku pada dia. Aku mendengar lagu ini buat pertama kalinya di corong telefon bila dia memasang lagu ini di'pc'nya dan membiarkan aku mendengarnya.


    Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya

    Kau merubah segala,
    Cinta yang ku dahaga,
    Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,
    Kaulah segalanya,
    yang menyinar hidupku, kasih
    Hanya satunya yang ku cintai

    Hulur tanganmu kasih,
    sambut cintaku,
    jangan tinggalkan aku seorang diri
    tak sanggup lagi dilukai

    Maafkan aku, jika salahku,
    Peristiwa yang pernah ku alami dulu
    Aku tahu, betapa pahit mu,
    menerima sejarah hidupku

    Kaulah segalanya,
    yang menyinar hidupku, kasih
    Hanya satunya yang ku cintai

    Sambutlah cintaku
    Jangan kau pergi dari sisiku
    Cintaku padamu ikhlas sejati

    Cintaku padamu, ikhlas sejati


    Mungkin hati ini terlalu merindui kerana tidak ada berita kudengar darimu malah sms ku juga tidak berbalas

    Wednesday, June 30, 2004

    Motivasi Kerjaku Di Paras Bahaya


    Aku bosan dan tahap motivasi kerjaku dah menghampiri paras bahaya. Seperti kereta yang akan kehabisan minyak. Kalian pun agaknya sudah bosan kerana telah acapkali aku merungut perihal kerja. Mungkin kali ini aku perlu bercerita mengapa aku jadi sebegini.

    Masa mula-mula aku masuk the company aku was offered a position of junior executive/junior underwriter kerana pada masa itu aku difikirkan tidak begitu berpengalaman walhal ianya tidak sedemikian. My university junior ( S ) joined the company at the same day i joined the company as an executive. The second week my head of department called and tanya if i can switch places with S since she is not that experience. He said he can't change my job designation at that instance. If i can do the job well, i will be promoted. So i am a junior executive doing an executive work whilst S still maintain her executive title but doing a junior executive's task.

    Disember ialah bulan yang paling busy..most renewals are in that month. Disebabkan my immediate superior masa bulan November went on maternity leave so left me alone to review all the renewal files...hundreds of them. I stayed back late, bawa balik files to review at home and came to work on Saturday ( we work 5 days/week ) semata-mata nak siapkan kerja so that by January semuanya settle. I managed to do the job well and my immediate superior acknowledged the fact. She gave me good recommendations masa confirmation evaluation and also my setiap kali appraisals but bila sampai top management, hilang camtu ajer. She is no longer my immediate superior but still try her best to get me promoted..even talked to my boss about it.

    Now dah almost 3 years...sekarang ni pulak report to 2 orang boss, so it's like buat 2 executive works. Kalau buat report, kena buat untuk dua orang, begitu juga if budget, underwriting and daily works. Bear in mind that i am still a junior executive.

    Ada sekali dulu bila i completed my professional papers, sajalah nak test market and apply tempat lain. I was called for an interview but somehow the top management got to know about it. Perhaps the other party called one of them..maybe because they don't want to jeopardise the business relationship if they were to employ me. I kena panggil dengan one of my bosses and tanya am i not happy and said that the company would rather give me the job i like that to lose me elsewhere. Masa tu rasa di'appreciate' sekejap. So i told him about the whole situation.

    Baru-baru ni ada lagi appraisal and sekali lagi i am not being promoted..tension. That boss called me again and asked about the increment and bonus. I said it was okay but i am kind of frustrated because i am still not being promoted. He said he will try to talk to my other boss since he is the one who evaluated me. Till now...HABUK PUN TAKDE.

    Lagi satu yang menyebabkan my motivation level goes down the drain because i ada this colleague yang baru joined my department since the company restructure the organization chart ( that why i ada 2 boss ). He is a risk engineer but most of the client ingat i am reporting to him sebabnya i am a junior executive. Sebenarnya we are doing the same job. I jumpa my friends yang ambil the professional papers tu...dah jadi Asst. Manager. Me? Still junior executive/jr underwriter. Banyak lagi kalau nak cerita..cukuplah yang ini sahaja.

    Awin asked me to baca doa Nabi Yunus banyak-banyak supaya i jadi okay. According to her, her mom kata kalau rasa macam ada beban yang berat, kalau baca doa itu akan feels better. Doing that now...mungkin aku perlu merangkak untuk berlari?



    Persoalannya : Tak patut ke my motivation level turun ke paras bahaya? Apa kata anda?

    Tuesday, June 29, 2004

    " H O P E " IS A WONDERFUL THING

    If you can look at the sunset and smile,
    then you still have hope.

    If you can find beauty in the colors of a small flower,
    then you still have hope.

    If you can find pleasure in the movement of a butterfly,
    then you still have hope.

    If the smile of a child can still warm your heart,
    then you still have hope.

    If you can see the good in other people,
    then you still have hope.

    If the rain breaking on a roof top can still lull you to sleep,
    then you still have hope.

    If the sight of a rainbow still makes you stop and stare in wonder,
    then you still have hope.

    If the soft fur of a favoured pet still feels pleasant under your fingertips,
    then you still have hope.

    If you meet new people with a trace of excitement and optimism,
    then you still have hope.

    If you give people the benefit of a doubt,
    then you still have hope.

    If you still offer your hand in friendship to others that have touched your life,
    then you still have hope.

    If receiving an unexpected card or letter still brings a pleasant surprise,
    then you still have hope.

    If the suffering of others still fills your with pain and frustration,
    then you still have hope.

    If you refuse to let a friendship die, or accept that it must end,
    then you still have hope.

    If you look forward to a time or place of quiet and reflection,
    then you still have hope.

    If you still buy the ornaments, put up the Christmas tree or cook the supper,
    then you still have hope.

    If you can look to the past and smile,
    then you still have hope.

    If, when faced with the bad, when told everything is futile,
    you can still look up and end the conversation with the phrase..."yeah...BUT.,"
    then you still have hope.

    Hope is such a marvelous thing.
    It bends, it twists, it sometimes hides,
    but rarely does it break.
    It sustains us when nothing else can.
    It gives us reason to continue and courage to move ahead,
    when we tell ourselves we'd rather give in.

    Hope puts a smile on our face
    when the heart cannot manage.

    Hope puts our feet on the path
    when our eyes cannot see it.

    Hope moves us to act
    when our souls are confused of the direction.

    Hope is a wonderful thing,
    something to be cherished and nurtured,
    and something that will refresh us in return.
    And it can be found in each of us,
    and it can bring light into the darkest of places.
    NEVER LOSE HOPE!



    If you can touch it and you can see it, it's REAL.
    If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT.
    If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL.
    If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.



    Sunday, June 27, 2004

    Hati vs Akal

    Akal : Kenapa hati rasa resah?
    Hati : Entahlah hati sendiri tak tahu nak cakap macamana?
    Akal : Kan jodoh pertemuan ajal maut itu semua kuasa Allah. Kenapa nak risau?
    Hati : Bukan tak tahu..tapi takut. Takut kehilangan kerana hati dah terlalu sayang.
    Akal : Berusaha, berdoa dan bertawakkal. Juga terima qada' dan qadar
    Hati : Hati tahu itu semua tetapi kadang² sukar nak terima.
    Akal : Kenapa nak fikir benda² yang negative, cuba fikir yang positif, Insya'Allah positiflah ia.
    Hati : Tak tahulah..sejak dia beritahu dia call that girl yang he once had a crush tu..hati mula resah . Takut dia berubah hati since she is single now.
    Akal : Janganlah fikir sampai ke situ..tak salah kalau kawan lama bertanya khabar. Cubalah bersangka baik.
    Hati : Will try my best.


    Itulah yang ku alami. Kata hati dan kata akal selalu tidak sependapat. Most of the time kata hati yang menang. Kata orang tua² " ikut hati mati, ikut rasa binasa". Kadang² ingin ku beritahu keresahan hati ku ini pada sidia tapi tidak mahu dikatakan yang aku meragui dia. Bukannya tidak percaya tapi mahukan kepastian. Salahkah aku jika hanya itu yang ku mahu? Aku pening....

    Friday, June 25, 2004

    Hilang semangat...


    Rasa macam nak cari kerja lain. Bukan aku tak suka dengan aku sekarang. It's i would say one of my dream job..walaupun job tu taklah gah sangat tapi aku suka ( walaupun tak suka buat report ). Mungkin kerana aku frust dengan management...janji tinggal janji. Perk kat sini pun kira bagus. Ada car and housing loan and cover maternity pulak tu. Colleagues aku, most of them okay and ada dah jadi close fren plak tu. Sedih pulak nak tinggalkan tapi I feel demotivated. Kalau aku cakap dia orang tak tahu jaga staff tentu ramai yang bersetuju, malah ada juga yang akan melenting. Itulah hakikatnya...kenapalah boss² ni tak tahu nak jaga staff? Bukankah staff tu tulang belakang syarikat walau sekecilmanapun peranannya. Aku akan bersabar selagi termampu...

    Kepada boss² dan future bosses, hargailah staff. Tanpa mereka, kalian tiada apa.


    Thursday, June 24, 2004

    Clueless


    What happened to me today...tiba² i am having all these negative emotions/feelings surrounding me. Rasa not sure of myself, rasa insecure, rasa sedih and macam² lagi and left me feeling clueless. All the words i said to comfort myself doesn't seems to work at all. Tak sukanya these feelings i am having. Got to take control of myself and got to do it quick.

    Wednesday, June 23, 2004

    Forwarded Email

    My adik, Aiez, forward me this email...


    Jika kamu memancing ikan....
    setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
    terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
    semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
    kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
    selagi ia masih hidup.


    Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
    kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
    hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
    kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
    kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
    mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
    mengingatimu....


    Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
    terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
    menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
    Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
    semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
    kamu cuba membaikinya m! ungkin ia masih boleh digunakan lagi....


    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
    seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
    janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
    manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
    kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
    Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
    jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
    hingga keakhirnya....


    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
    pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
    Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
    Terlalu ingin mengejar kelazatan.
    Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
    tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
    insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
    dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
    cuba membandingkannya dengan yang lain. Ter! lalu mengejar
    kesempurnaan.

    Kelak,
    kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
    dia beralih arah.